Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Jujutsu Kaisen Modulo Ucapkan Selamat Tinggal Selepas 25 Bab!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Jujutsu Kaisen Modulo Ucapkan Selamat Tinggal Selepas 25 Bab!
Share on FacebookShare on Twitter

Bab terakhir Jujutsu Kaisen Modulo telah dikeluarkan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha, menandakan pengakhiran karya jangka pendek ini selepas hampir enam bulan dan sebanyak 25 bab.

Manga ini lahir daripada kerjasama antara Gege Akutami, pencipta Jujutsu Kaisen, bersama Yuji Iwasaki, ilustrator di sebalik Cipher Academy. Siri ini mula diterbitkan pada September tahun lalu sebagai siri terhad, dengan latar masa 68 tahun selepas kejadian arc Culling Game dalam manga asal Jujutsu Kaisen.

Series finale! Coming face-to-face and confronting challenges together leads to a brighter future!

Read Jujutsu Kaisen Modulo, Ch. 25 in Shonen Jump for free! https://t.co/s8PkaWBK5s pic.twitter.com/bovQcPC44J

— Shonen Jump (@shonenjump) March 8, 2026

Mengambil latar tahun 2086, Modulo hadir dengan konsep yang sangat berbeza daripada apa yang peminat sudah biasa lihat.

Sebuah bangsa makhluk asing yang dikenali sebagai Simurian mendarat di Bumi menggunakan kapal angkasa mereka, dan dua orang ahli sihir jujutsu (Yuka dan Tsurugi Okkotsu) terpaksa menghadapi huru-hara yang tercetus akibat ketibaan mereka.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman mengenai sambungan baharu. Ini memberi petanda bahawa naratif francais ini sudah tiba ke finale sebenar… sekurang-kurangnya buat ketika ini.

Selain itu, mesej editor yang turut disertakan bersama bab terakhir ini merakamkan ucapan terima kasih kepada para pembaca yang setia mengikuti siri ini sepanjang enam bulan lalu, di samping memberi sedikit info tentang masa hadapan:

“Nantikan karya seterusnya daripada Gege dan Iwasaki sensei!”

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang tajuk mahupun maklumat lanjut mengenai projek akan datang daripada kedua-dua pencipta ini.

Tags: Jujutsu Kaisen Modulomanga
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Saman Kerajaan Amerika Syarikat, Tuntut Bayaran Balik Gara-Gara Tarif!

Next Post

Reviu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Bukan Lagi Spin-Off, Tapi Lebih Kepada “Flagship Title”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Reviu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Bukan Lagi Spin-Off, Tapi Lebih Kepada “Flagship Title”

Reviu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection - Bukan Lagi Spin-Off, Tapi Lebih Kepada "Flagship Title"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd