Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga ‘Gachiakuta’ Dapat Anime Rasmi Oleh Studio Bones, Akan Keluar 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Manga ‘Gachiakuta’ Dapat Anime Rasmi Oleh Studio Bones, Akan Keluar 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Pembuat anime terkenal Studio BONES mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan adaptasi anime untuk manga Gachiakuta ciptaan Kei Urana, yang bakal membuat tayangan perdana pada 2025.

Sempena pengumuman ini, laman web rasmi anime telah memuat naik teaser trailer dan visual “awal” untuk anime itu. Kei Urana turut melukis ilustrasi di bawah untuk meraikan pengumuman adaptasi anime.

Sinopsis rasmi adalah seperti berikut:

“Rudo tinggal di kawasan setinggan di sebuah bandar terapung, di mana orang miskin mengikis di bawah bayang-bayang orang kaya yang menjalani kehidupan mewah – hanya membuang sampah mereka sambil lewa ke dunia bawah. Kemudian pada suatu hari, dia dituduh membunuh orang, dan diberi hukuman yang tidak dapat dibayangkan—dibuang ke dunia bawah dengan sisa sampah.”

“Di sana, sisa-sisa manusia yang dibuang telah melahirkan raksasa yang ganas, dan jika Rudo ingin menemui kebenaran dan membalas dendam terhadap mereka yang melemparkannya ke sana, dia perlu menguasai kuasa baru dan menyertai kumpulan yang dikenali sebagai Cleaner yang memerangi binatang ganas yang dibuat daripada sampah!”

Kredit: @gachiakuta_PR

Fumihiko Suganuma akan mengarahkan anime Gachiakuta di Studio BONES, dibantu oleh Hiroshi Seko yang bertanggungjawab ke atas skrip siri. Satoshi Ishino pula menghasilkan reka bentuk watak dan juga berkhidmat sebagai ketua pengarah animasi.

📣📣重大発表

「ガチアクタ」
アニメ化します

Major announcement
GACHIAKUTA” will become an anime pic.twitter.com/7fN1lV8xd0

— 裏那圭◾️KEI URANA (@KEI_URANA) June 13, 2024

Bagi mereka yang kurang tahu, Gachiakuta ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kei Urana. Ia disirikan dalam Weekly Shōnen Magazine terbitan Kodansha pada Februari 2022, dan sehingga Mac 2024, siri itu telah dikumpulkan dalam 10 jilid tankōbon.

Tags: animeGachiakuta
ShareTweetSend
Previous Post

Katalog PS Plus Jun 2024 – Monster Hunter Rise, Football Manager 2024, After Us

Next Post

Previu Dragon Ball: Sparking! Zero – Budokai Tenkaichi Yang Peminat Inginkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Previu Dragon Ball: Sparking! Zero – Budokai Tenkaichi Yang Peminat Inginkan!

Previu Dragon Ball: Sparking! Zero - Budokai Tenkaichi Yang Peminat Inginkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd