Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Fan-Made “Jujutsu No Kaisen” Viral di Internet, Tapi Bukan Sebab Positif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Fan-Made “Jujutsu No Kaisen” Viral di Internet, Tapi Bukan Sebab Positif!
Share on FacebookShare on Twitter

Komuniti manga kini kecoh dengan kontroversi selepas kemunculan manga tidak rasmi/fan-made untuk Jujutsu Kaisen. Pada Oktober 2024, sebuah akaun baharu di X bernama “Jujutsu no Kaisen” mengumumkan rancangan untuk mencipta semula penamat Jujutsu Kaisen. Walaupun projek ini bertujuan untuk memuaskan peminat yang tidak berpuas hati dengan penamat rasmi, ia sebaliknya mencetuskan kecaman besar-besaran.

Officially, the first chapter of the new ending has been published
Link👇🏻👇🏻https://t.co/hCwct7PhO7 pic.twitter.com/Q0zsTVCLBJ

— jujutsunokaisen (@jutsunokaisen) December 31, 2024

Bagi mereka yang tidak tahu, pengakhiran Jujutsu Kaisen telah mencetuskan pelbagai reaksi, terutama kerana kematian watak kegemaran ramai, Satoru Gojo. Ada peminat yang kecewa, tetapi ramai juga yang memuji Bab 236, khususnya babak menyentuh hati di mana Gojo berinteraksi dengan rakan-rakannya di alam seterusnya dan pujian Sukuna terhadap kekuatan lawannya.

Enter and enjoy now🔥🔥https://t.co/scx45b2slW pic.twitter.com/ubiDolDwY1

— jujutsunokaisen (@jutsunokaisen) January 3, 2025

Namun, Jujutsu no Kaisen cuba “memperbaiki” pengakhiran ini dengan mentafsirkan semula cerita selepas Bab 236. Dilancarkan pada 1 Januari 2025, bab alternatif ini memperkenalkan naratif dan plot baharu untuk menarik hati peminat yang tidak berpuas hati. Namun, bukannya mendapat sambutan, projek ini dihujani kritikan.

Respon Negatif Daripada Komuniti

Reaksi terhadap karya fan-made ini sangat negatif. Beberapa isu utama yang dibangkitkan peminat termasuk:

  • Plagiat: Tuduhan menyalin panel daripada bab rasmi Jujutsu Kaisen, seni peminat, dan juga One Punch Man.
  • Penggunaan seni AI: Ramai menganggap penggunaan AI sebagai cara pintas yang tidak menghormati seni manga.
  • Kesombongan: Tindakan pencipta mendakwa mereka “memperbaiki” karya Gege Akutami dianggap angkuh oleh peminat.

I found some people who think that these pictures were drawn by Ai, seriously haha, look at the smallest details

I am now working on fixing the dialogues⏳ #jjnk pic.twitter.com/nZtsGEjnMu

— jujutsunokaisen (@jutsunokaisen) January 2, 2025

Malah, X menambah community note pada posting Jujutsu no Kaisen, menjelaskan bahawa projek tersebut adalah tidak rasmi dan mengandungi elemen seni yang disalin serta dijana AI. Nota itu turut menegaskan bahawa pengakhiran alternatif ini bukan hasil ciptaan atau diluluskan oleh Akutami dan pasukannya.

Your negative comments motivate me, as most works like this receive criticism in the first place. Wait for the entire chapter with edited dialogues. Always remember, never judge a book by its cover. #JJNK

— jujutsunokaisen (@jutsunokaisen) January 1, 2025

Walaupun dikritik hebat, pencipta Jujutsu no Kaisen tidak gentar. Dalam kenyataan mereka, pencipta itu berkata, “Komen negatif anda memotivasikan saya, kerana kebanyakan karya seperti ini menerima kritikan pada awalnya. Tunggu keseluruhan bab dengan dialog yang telah disunting. Ingat, jangan nilai buku berdasarkan kulitnya.”

Bagi peminat Jujutsu Kaisen, apa pandangan anda terhadap karya fan-made ini? Boleh kongsi di ruang komen nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jujutsu KaisenJujutsu No Kaisenmanga
ShareTweetSend
Previous Post

Atari Umum Konsol Baharu: Atari Gamestation Go!

Next Post

Previu Tamagotchi Uni Monster Carnival – Menjaga Haiwan Peliharaan Maya Kini Lebih Seronok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Previu Tamagotchi Uni Monster Carnival – Menjaga Haiwan Peliharaan Maya Kini Lebih Seronok!

Previu Tamagotchi Uni Monster Carnival - Menjaga Haiwan Peliharaan Maya Kini Lebih Seronok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd