Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Makin kurang watak mati di penghujung One Piece” – menurut Eiichiro Oda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“Makin kurang watak mati di penghujung One Piece” – menurut Eiichiro Oda
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga One Piece semakin menghampiri penghujungnya. Kerana itu, ramai peminat menjangka bahawa banyak kematian dramatik dan berkontroversi akan berlaku demi memacu jalan cerita ke hadapan. Namun menurut pencipta Eiichiro Oda, “mungkin tidak ramai watak yang akan mati di penghujung One Piece”.

Kredit: Toei Animation

Buat mereka yang tidak tahu, One Piece bakal memasuki saga terakhir – jadi ramai peminat di seluruh dunia bersiap sedia kerana takut watak kegemaran mereka akan mati. Walau bagaimanapun, nampaknya mereka mungkin tidak perlu risau kerana @sandman (pemberi info terkenal One Piece di Twitter), telah menterjemah sebuah temu bual lama oleh Eiichiro Oda pada 2018, yang mendedahkan satu info menarik.

Oda (2018): The reason I don't want to draw scenes where people die is because I want to draw a party after the battle. If someone dies, you can't have an enjoyable party. A party is my ideal form of friendship. I want to end with One Piece with a *big party*. pic.twitter.com/IdWqsEXGmL

— sandman (@sandman_AP) May 14, 2023

Bak kata Oda sendiri, “dia tidak suka melukis adegan kematian”, dan sebaliknya lebih suka menggambarkan perayaan besar selepas tamatnya satu pertarungan besar.

Menurut penterjemahan itu:

Saya tidak ingin melukis adegan orang mati kerana saya mahu melukis sebuah pesta selepas pertempuran. Jika ada orang mati, anda tidak boleh ada pesta yang menyeronokkan. Sebuah pesta adalah bentuk persahabatan ideal saya. Saya ingin mengakhiri One Piece dengan satu pesta besar. – Eiichiro Oda (2018)

Kredit: Toei Animation

Pendedahan itu membuatkan ramai peminat tertanya-tanya – “Adakah ini bermaksud tiada watak penting akan mati dalam bab One Piece akan datang?”. Malangnya, susah untuk saya percaya.

Walaupun dia ingin menamatkan One Piece dengan “happy ending”, Oda juga amat terkenal dengan membunuh ramai watak kegemaran. Portgas D. Ace dan Whitebeard adalah dua contoh besar, malah baru-baru ini di Wano arc, tiga watak baik terpaksa mati untuk menang perang ke atas Kaido; iaitu Shimotsuki Yasuie, Ashura Doji, dan Izo.

Kredit: Toei Animation

Memandangkan temu bual itu pun berasal lima tahun lepas, rancangan Oda pasti banyak berubah untuk menyesuaikan diri dengan jalan cerita semasa. Oleh itu, saya kurang yakin dengan kata-kata internet yang percaya Oda akan mengurangkan kematian watak penting.


Apa pendapat anda? Adakah anda rasa watak One Piece kegemaran dapat bertahan sehingga penghujung siri? Jom kongsi di ruang komen! Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEiichiro Odamangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 359 – Noelle kembali dengan lebih kuat bersama Leviathan!

Next Post

MAPPA Umumkan Siri Anime Original “Bucchigiri?!”, Bakal Tayang pada Januari 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!
Berita

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!

September 29, 2023
Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]
Industri

Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]

September 29, 2023
Rendezvous memenangi Grand Jury Award untuk SEA Game Awards 2023, Ini Senarai Penuh Pemenang! [Level Up KL 23]
Pameran/Expo

Rendezvous memenangi Grand Jury Award untuk SEA Game Awards 2023, Ini Senarai Penuh Pemenang! [Level Up KL 23]

September 29, 2023
Next Post
MAPPA Umumkan Siri Anime Original “Bucchigiri?!”, Bakal Tayang pada Januari 2024!

MAPPA Umumkan Siri Anime Original "Bucchigiri?!", Bakal Tayang pada Januari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In