Antara pengumuman paling mengejutkan pagi ini di Gamescom Opening Night Live adalah The Lords of the Fallen, game sekuel kepada judul action RPG Lords of the Fallen (tanpa The) yang asalnya keluar pada tahun 2014.
Game ini didedahkan melalui treler sinematik yang menampilkan Joseph Quinn dari Stranger Things sebagai narator, dan menunjukkan bahawa kejahatan telah mengambil alih dunia game tersebut. Ia kemudian mendedahkan watak yang pemain bakal pemain – salah satu daripada Dark Crusaders sedang menentang raksasa berkepala tiga.
Walaupun treler sinematik yang ditunjukkan tidak mendedahkan apa-apa gameplay, siaran akhbar mendedahkan bahawa video gameplay penuh akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. Siaran ini juga mendedahkan beberapa perkara yang boleh kita jangkakan dalam produk akhir, di mana mereka kata yang kedua-dua game Lord of the Fallen (original dan sekuel) sebenarnya saling berkaitan tetapi sekuel adalah lima kali lebih besar daripada original.
The Lords of the Fallen berlaku lebih daripada 1000 tahun selepas peristiwa game pertama”. Apa yang menarik adalah walaupun game pertama mempunyai protagonis jelas iaitu Harkyn, nampaknya sekuel akan menampilkan watak custom, kerana ciri “full customisation” disebut sebagai salah satu ciri baharu.
Pada masa yang sama, siaran akhbar juga memberitahu tentang “sistem pertempuran yang pantas, lancar dan mencabar” dengan “kuasa sihir yang memusnahkan” serti ciri online co-op tanpa gangguan (ciri ini tidak wujud dalam game pertama).
Pengarah kreatif Hexworks, Cezar Virtosu berkata:
“The Lords of the Fallen ialah pengganti rohani yang diingini oleh peminat daripada game original. Game ini jauh lebih besar, dengan dua dunia yang luas dan saling berkaitan antara alam yang hidup dan yang mati, di mana pemain boleh meneroka secara bersendirian atau bersama rakan. Ia lebih gelap dan lebih mencabar, dengan pertempuran ala soulslike yang lebih pantas, tematik yang lebih kuat, naratif yang lebih kaya, sistem RPG yang lebih mendalam dan penceritaan yang lebih mengasyikkan.”
Tarikh pelepasan rasmi untuk The Lords of the Fallen tidak diumumkan tetapi kita tahu game ini akan keluar untuk platform PC, PS5 dan Xbox Series. Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post