Nampaknya Computex Taipei 2018 semakin hangat, lagi-lagi bila MSI menunjukkan diri mereka dan mempamerkan beberapa produk baru yang semakin mantap, semakin hebat. Line up terdiri daripada laptop, desktop, monitor, mobo dan juga GPU. Nak tahu dengan lebih lanjut, apa lagi, jom, ikut aku dalam entri kali ini.
Gaming Laptop
GF63
Merupakan laptop yang bersaiz 15.6″ dengan panel bezel-less dan berat dibawah 2 kg berkuasa dengan Intel Core i7 8th Generation sebagai processor dan diikuti oleh NVIDIA GeForce GTX 1050Ti dan dengan bateri yang bertahan sehingga 7 jam lamanya.
PS42
Merupakan member baru dalam siri “Prestige” , PS42 merupakan gaming lineup. Dengan ketebalan hanya 15.9 mm dan 1.19 kg untuk berat, PS42 dikuasakan oleh processor Intel Core i7 8th Generation dan menggunakan graphic discrete dari NVIDIA GeForce. Dilengkapi juga dengan Fingerprint Sensor.
Gaming Desktop
Trident A Series
Dilengkapi dengan processor Intel Core 8th Generation yang baru, MSI Trident A Series mencirikan desktop compact PC yang pertama untuk menggabungkan power supply SFX dan graphic card MSI dalam casing berkapasiti 12 liter. “Silent Storm Cooling” thermal sistem merupakan sistem penyejukan yang digunakan, di mana 3 airflow di buat untuk menyejukkan komponen.
Gaming Monitors
Oculux
Oculux merupakan gaming monitor yang pertama dengan keserasian NVIDIA G-SYNC dan mempunyai 240Hz refresh rate dengan 0.5 ms response time. Dengan TN LED panel, ianya cukup ideal bagi mereka yang menginginkan kompetitif gaming. Mystic Light sync pula akan membenarkan gamer untuk mengubah suai RGB Lighting di bahagian belakang.
Optix
Siri bundle Optix pula dilengkapi dengan Gaming Echo Function yang baru, dimana RGB zone di bahagian belakang akan sync dengan in-game audio dan juga lighting efek. Didatangkan dengan 144Hz display dan superfast 1ms response time VA LED panel, Optix MAG Series menjanjikan pengalaman gaming yang tiada cacat cela dan lancar.
Gaming Motherboard
B450 Tomahawk
Diinspirasikan dari konsep ketenteraan, B450 Tomahawk mobo menunjukkan kesempuranaan dari segi ketahanan, kekuatan dan design yang berat. Juga, mempunyai heatsink eksklusif MSI juga design cicuit telah ditingkatkan untuk membantu memastikan termal performance untuk penyejukan yang optimum membenarkan performance yang optimum, malah dari AMD Ryzen 7 processor sendiri.
Gaming Graphics Card
MSI GeForce GTX 1080 Ti GAMING X TRIO
MSI GeForce GTX 1080 Ti GAMING X TRIO mencirikan tiga daripada pemenang anugerah TORX 2.0 fan dan juga Mystic Light RGB, menawarkan perfomance yang sejuk dan juga senyap semasa bermain. Bersama-sama dengan komponen ber gred military digunakan bagi memastikan pengguna dapat merasai pengalaman gaming itu sendiri.
Gaming Gear
Vigor GK80 GAMING Keyboard
Direka dengan menggunakan frame aluminium yang tahan dan juga kuat, Vigor GK80 memberikan segalanya apa yang anda impikan dari keyboard mekanikal yang classy. Dilengkapi dengan suis Cherry MX, RGB Mystic Lights dan juga hotkey, ianya merupakan keyboard top-tier yang cemerlang dalam apa yang telah diimpikan.
Jadi, kehangatan Computex Taipei 2018 semakin menjadi jadi. Ada beberapa perkara lagi yang mungkin mereka simpan untuk memberi kejutan kepada semua orang. Hanya apa yang kita boleh lakukan adalah dengan menunggu apa apa update dari Computex Taipei 2018.
@gamersantaimy
Discussion about this post