Dengan lebih daripada 800 Pokemon di National Pokedex setakat ini, kekuatan setiap Pokémon diagihkan secara unik dalam beberapa aspek yang berbeza: statistik, jenis, abiliti, dan serangan khas. Walaupun statistik, jenis, dan abiliti tidak mempunyai sebarang variasi dalam spesies, senarai serangan khas mereka sangat luas.
Memilih gabungan kombinasi serangan untuk Pokémon belajar adalah bahagian yang paling strategik semasa mempersiapkan diri untuk pertempuran. Sesetengah trainer mempunyai pendekatan yang lebih pasif dengan kebolehan untuk meningkatkan statistik Pokémon mereka seperti Swords Dance, manakala yang lain bergantung kepada kuasa tulen. Inilah lima serangan paling kuat dalam Pokémon.
BOOMBURST
Boomburst adalah salah satu kebolehan yang sering diabaikan kerana ia hanya boleh diakses oleh enam Pokémon berbeza dan mempunyai fungsi tertentu. Setiap daripada enam Pokémon tersebut berasaskan bunyi seperti Exploud, bersayap seperti Taillow, atau gabungan kedua-duanya seperti Noivern.
Apa yang membuat Boomburst begitu kuat adalah ia tidak mempunyai kekurangan walaupun mempunyai 140 base power. Ia hampir sama kuat dengan Hyper Beam, kecuali Boomburst tidak perlu membazirkan satu pusingan untuk mengecas. Ia juga boleh menyerang banyak Pokémon pada masa yang sama, jadi memudahkan pengguna dalam double battle.
DRAGON ASCENT
Satu-satunya Pokémon yang boleh belajar Dragon Ascent adalah Rayquaza, tetapi keupayaan pertempurannya sebagai Legendary Pokémon yang membuat serangan ini lebih hebat.
Secara asasnya, Dragon Ascent adalah salah satu daripada serangan flying-type yang paling kuat, walaupun ia akan menurunkan pertahanan pengguna selepas menyerang. Apabila Rayquaza belajar Dragon Ascent, bagaimanapun, ia juga membuka peluang untuk Mega Evolution. Sebagai salah satu Legendary Pokémon yang mampu Mega Evolution, Mega Rayquaza adalah salah satu Pokémon terkuat dalam keseluruhan francais dengan bantuan Dragon Ascent.
GEOMANCY
Geomancy, sama seperti Dragon Ascent, adalah satu lagi kebolehan yang eksklusif untuk satu Legendary Pokémon: Xerneas. Walaupun ia adalah kebolehan yang tidak boleh menyerang, Geomancy cukup menakutkan hingga ramai pihak lawan cuba untuk menghalangnya tidak kira apa cara sekalipun.
Apabila diaktifkan, Geomancy meningkatkan special attack, special defense, dan kelajuan Xerneas untuk menjadikannya ancaman maut di medan lawan. Kerana kebolehan ini biasanya mengambil dua pusingan untuk aktif, kebanyakan trainer akan memberikan Power Herb kepada Xerneas, yang membuat kebolehan ini aktif dalam satu pusingan sahaja. Dengan cara ini, Xerneas dapat menjadi lebih efisien dan membuat menewaskan pihak lawan.
EXPLOSION
Kalau diikutkan daripada nilai kecederaan, Explosion adalah serangan paling kuat pernah ada dengan base power luar biasa sebanyak 250! Itu lebih daripada dua kali ganda serangan Dragon Ascent Rayquaza!
Satu-satunya masalah dengan Explosion adalah hakikat bahawa pengguna benar-benar harus letupkan diri sendiri untuk menghasilkan serangan ini. Pengguna mengorbankan diri dan pengsan, tetapi ia pasti akan menewaskan ramai musuh bersamanya, atau sekurang-kurangnya membuat pihak lawan dalam keadaan kritikal. Sesetengah Trainer akan menggandakan kuasa Explosion dengan Normal Gem, yang meningkatkan base power hingga lebih 300!
SCALD
Diperkenalkan dalam generasi kelima Pokémon, Scald selamanya mengubah pertempuran kompetitif. Ia mungkin tidak mempunyai base power tertinggi, tetapi e sfek keduanya memberikan kelebihan terhadap sebarang ancaman fizikal.
Di samping menjadi salah satu serangan jenis air yang paling bagus, Scald juga mempunyai peluang 30% untuk membakar sasaran. Ini sangat penting kerana Pokémon yang dibakar bukan hanya kehilangan HP setiap giliran, tetapi nilai statistik serangannya juga dipotong separuh. Ini menjadikan mana-mana penyerang fizikal sangat lemah dalam peperangan. Walaupun sasaran tidak dibakar, ia masih akan menerima banyak kecederaan dari serangan itu sendiri.
@gamersantaimy
Discussion about this post