Goku sepatutnya mewakili segalanya yang baik dan adil dalam dunia Dragon Ball. Selama lebih dari 30 tahun, dia telah mempertahankan alam semesta daripada beberapa ancaman terbesar sepanjang masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Goku tidak bertanggungjawab terhadap beberapa perkara paling buruk yang pernah berlaku dalam francais.
Daripada hampir menyebabkan kemusnahan alam semesta hingga membahayakan kehidupan keluarganya, berikut adalah beberapa perkara paling teruk yang pernah dilakukan oleh Goku.
Membiarkan Frieza mengumpulkan 100% kekuatan!
Apabila kamu akhirnya mendapat kelebihan atas musuh, adakah kamu membunuhnya, atau membiarkan musuh bertambah kuat? Sekiranya kamu berdarah Saiyan, kamu pasti akan mengambil pilihan kedua, walaupun musuh telah membunuh banyak rakan baik kamu. Apabila Frieza memutuskan untuk meletupkan planet Namek, dia hanya berjaya memusnahkan teras planet, lantas memberi dia dan Goku hanya 5 minit untuk menamatkan pertarungan mereka. Walau bagaimanapun, daripada Goku membunuh Frieza apabila peluang tiba, Goku membenarkan Frieza mencapai bentuk 100% -nya.
Darah Saiyan-nya mungkin menjadi faktor, tetapi membalas dendam untuk kematian Krillin sepatutnya menjadi alasan yang mencukupi untuk membuang perasaan ego Saiyan itu. Ternyata, warga Saiyan terlalu sombong untuk membiarkannya berlaku. Lihat sahaja apa yang berlaku apabila Vegeta bertarung Cell.
Memaksa Gohan bertarung Cell!
Apabila Goku melihat bahawa Gohan mempunyai kuasa yang hebat di dalamnya semasa berlatih di Hyperbolic Time Chamber, dia berfikir bahawa budak itu dapat mengalahkan Cell yang hebat. Memang betul, dia mungkin mempunyai kekuatan untuk mengalahkan Cell, tetapi itu tidak bermakna dia mempunyai peluang yang tinggi untuk mengalahkan raksasa itu.
Akirnya, Cell belasah dan menyeksa Gohan. Selepas tidak tahan melihat Gohan menderita, Piccolo memberitahu Goku bahawa dia hanya budak kecil lagi dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kuasa itu lagi.
Gangguan Seksual!
Kerana Goku telah hidup di hutan hampir sepanjang hayatnya semasa kecil, dia tidak begitu arif tentang kaum hawa. Walau bagaimanapun, satu perkara yang diajarkan oleh Atuk Gohan kepada Goku adalah untuk sentiasa menghormati wanita. Jadi, apabila Goku sedang memeriksa Bulma, dia menyelak pakaiannya. Bukan itu sahaja, semasa Bulma sedang tidur, dia menganggap bahawa bahagian bawahnya adalah bantal. Apabila dia tertanya-tanya mengapa Bulma tidak … ermmm.. memiliki alat sulit yang sama, Goku menarik seluar dalam Bulma.
Jika itu tidak cukup teruk, dia kemudian memeriksa untuk melihat sama ada Chi-Chi juga mempunyai perkara yang sama ketika menaiki awan Nimbus. Untuk seseorang yang hati cukup “murni” untuk menaiki awan Nimbus, macam-macam perkara kotor telah Goku lakukan.
Tidak membunuh Buu sebagai Super Saiyan 3
Semasa percubaannya untuk menahan Majin Buu, Goku mendedahkan bahawa dia boleh bertukar kepada Super Saiyan 3. Dengan kekuatan yang ditingkatkan, Goku mampu bersaing dengan Buu dan memberi Trunks cukup masa untuk mencari Dragon Radar. Apabila berbual dengan Piccolo, Goku memberitahu rakannya bahawa dia boleh membunuh Buu tetapi dia memilih untuk tidak kerana Goku mahu memberikan Goten dan Trunks peluang untuk mengalahkan raksasa tersebut serta mengatakan bahawa bumi “tidak boleh bergantung kepadanya sepanjang masa.”
Disebabkan keputusan ini, semua kawan Goku menjadi gula-gula oleh Super Buu seperti Gotenks, Piccolo, dan Gohan yang diserap oleh Buu. Kemudian, Kid Buu memusnahkan bumi. Tahniah Goku!
Hampir memupuskan alam semestanya!
Satu perkara yang peminat banyak mengadu tentang Goku dalam Super adalah bahawa dia lebih kebudak-budakan jika dibandingkan dengan dirinya di Z. Selepas Tournament of Destroyers selesai, Zeno muncul dan mengatakan bahawa dia mahu mengadakan kejohanan baru, yang Goku dengan senang hati bersetuju untuk menyertai, walaupun diberi amaran oleh Beerus.
Dengan itu, Tournament of Power dilahirkan, di mana para pejuang di setiap multiverse akan bertanding untuk menyelamatkan alam semesta mereka. YA, hanya satu alam semesta yang akan selamat manakala yang lain akan dihapuskan daripada kewujudan. Kita semua tahu, Android 17 berhajat agar semua alam semesta dipulihkan, tetapi Android 17 memberitahu Goku bahawa dia hanya menyertai supaya dia boleh bercuti bersama isteri dan anak-anaknya. Walaupun Z-Fighters berjaya dalam kejohanan ini, mereka dengan mudah boleh dihapuskan dari kewujudan dan semuanya berkat Goku.
@gamersantaimy
Discussion about this post