Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA Penjahat paling BERPENGARUH di DIGIMON ADVENTURE!

Musuh paling dibenci oleh Taichi dan kawan-kawan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2019 - Updated on February 18, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan
0 0
0
LIMA Penjahat paling BERPENGARUH di DIGIMON ADVENTURE!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim pertama Digimon berkisarkan lapan kanak-kanak yang dikenali sebagai Digidestined ketika mereka cuba untuk menyelamatkan kedua-dua dunia sebenar dan dunia digital. Selepas menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, protagonis kanak-kanak ini berjaya selamatkan kedua-dua dunia ini menjelang pengakhiran musim.

Tiada cerita yang lengkap tanpa penjahat yang baik. Walaupun banyak watak antagonis diperkenalkan kepada peminat sepanjang siri Digimon, senarai ini memberi tumpuan lebih kepada penjahat utama atau yang sering muncul untuk siri ini. Selain itu, senarai ini hanya termasuk watak antagonis yang muncul sebelum Adventure 02, dan senarai baru akan dibuat untuk siri Digimon berbeza. Mari kita bermula.

LADYDEVIMON

LadyDevimon diperkenalkan sebagai watak bertentangan kepada Angewoman. Walaupun dia hanya salah seorang konco Piedmon, dia membuktikan nilainya dengan kekejaman yang diarahkan ke Digidestined. Merupakan pengawal peribadi kepada Piedmon, dia memastikan bahawa semua Digimon tahu betapa bahayanya dia.

Walaupun salah satu bahagian yang paling diingati daripada pertarungan antara LadyDevimon dan Angewoman adalah sesi tampar-menampar lucu, adegan ini diatasi apabila LadyDevimon benar-benar ingin membunuh Angewoman, dengan menikamnya di belakang. Serangan ini tidak berjaya kerana dihalang oleh MegaKabuterimon.

PIEDMON

Bagi Digimon, terdapat banyak faktor untuk menjadi penjahat yang bagus. Salah satu daripada faktor ini adalah keperibadian karakter dan Piedmon berjaya menyampaikan mesej tersebut dengan jelas. Bermula dengan penampilannya, seorang badut Digimon pasti akan menakutkan ramai kanak-kanak. Tambahan bahawa dia juga mengawal kumpulan askar dipanggil Nightmare Army yang termasuk LadyDevimon, perkara itu hanya menambah kegerunannya.

Piedmon sangat kejam dan kalkulatif, semasa melihat Digidestined menewaskan rakan Dark Master dan belajar dari kesilapan mereka. Walaupun dia menunggu terlalu lama untuk memulakan langkahnya, dia berjaya mengubah sebahagian besar Digidestined dan rakan-rakan mereka kepada rantai kunci, lalu tidak menjadi ancaman lagi. Hanya selepas Angemon yang berevolusi ke MagnaAngemon barulah Piedmon dikalahkan.

DEVIMON

Sebagai penjahat besar pertama musim pertama, Devimon perlu banyak untuk buktikan. Berdasarkan setan, Digimon gelap ini bertanggungjawab atas semua dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Digidestined pada suku pertama musim. Dark Gear-nya adalah punca kesengsaraan Dunia Digital dan wataknya sendiri mudah mendominasikan semua pihak lawan.

Kesilapannya, seperti Piedmon, adalah bahawa dia tidak mengharapkan Angemon untuk muncul dan menewaskannya dengan menyerap kuasa semua rakan-rakan Digidestined itu. Devimon dengan mudah dapat mengalahkan semua Digimon taraf Champion yang lain, tetapi apabila sampai pada kanak terakhir, ia menjadi kejutan. Walaupun Devimon kalah, Angemon juga mati, jadi adalah kemenangan terakhir untuk Devil Digimon tersebut.

DIABOROMON

Mungkin agak tidak adil kerana dia tidak muncul di Adventure 01 tetapi di dalam filem, tetapi Diaboromon layak untuk masuk senarai ini. Digimon ini adalah salah satu penjahat yang paling dikenali di dalam siri kerana penampilannya di Digimon: The Movie. Walaupun tidak muncul secara langsung di Dunia Digital, sebaliknya dalam internet, tindakannya memberi kesan kepada kedua-dua dunia sehingga Digidestined perlu muncul untuk menyelamatkan semua orang.

Diaboromon adalah salah seorang penjahat terbaik kerana dia berjaya mematahkan semangat Digidestined. Sepanjang filem itu, dia selalu selangkah lebih awal daripada Digidestined. Malah detik-detik terakhir filem membuatnya kami berasa seperti dia masih akan menang sehingga Omnimon, juga diperkenalkan kali pertama dalam filem, akhirnya menewaskannya dengan baki 1 saat.

MYOTISMON

Myotismon mendapat tempat pertama sebagai antagonis terbaik. Penampilannya berdasarkan pada vampire tradisional dan ia dipamerkan dengan baik. Walaupun ada ciri-ciri manusia, dia masih membawa ketakutan yang tidak mudah ditiru oleh penjahat lain dalam rancangan, dan membuat penonton merasa seperti dia boleh wujud dalam dunia sebenar. Sama seperti penampilannya, kebolehan Myotismon juga berdasarkan pada vampire, yang termasuk kebolehan mengawal kelawar dan transformasi kepada raksasa, walaupun ini ialah Digivolution beliau.

Faktor terbesar dalam kejahatan Myotismon adalah dia tidak fokus pada dunia Digital seperti watak jahat lain. Dia masuk ke dunia sebenar dengan bertujuan untuk menyeksa orang sebenar, termasuk menculik kanak-kanak. Kekuatan, dan kecerdasan menjadikannya yang terbaik, seiring dengan semangatnya yang sukar mati.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DEVIMONDIABOROMONDigidestinedDigimon AdventureLADYDEVIMONMYOTISMONPenjahat paling BERPENGARUHPIEDMON
Previous Post

Arc Systems Works akan membuka booth demo bagi permainan BBTAG2.0 dan UNICLR di GameStart 2019!!

Next Post

Mana satu yang terbaik antara Call of Duty Mobile vs PUBG Mobile?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Mana satu yang terbaik antara Call of Duty Mobile vs PUBG Mobile?!

Mana satu yang terbaik antara Call of Duty Mobile vs PUBG Mobile?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd