Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lihat Mimpi Ngeri Menjadi Nyata dalam MTG Duskmourn: House of Horror!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024
in Artikel, Berita, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Lihat Mimpi Ngeri Menjadi Nyata dalam MTG Duskmourn: House of Horror!
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast telah melancarkan acara pra-pelancaran untuk Duskmourn: House of Horror, set terbaru untuk Magic: The Gathering (MTG).

Memperkenalkan dunia seram retro di mana kejahatan bersembunyi di setiap sudut, Duskmourn akan menguji keberanian mana-mana pemain yang berharap dapat bertahan di lorong-lorongnya yang menyeramkan dan sentiasa berubah.

Duskmourn: House of Horror akan dilancarkan pada 27 September.

Duskmourn hidup daripada ketakutan penghuninya. Jika anda berharap untuk mengatasinya, anda perlu menguasai mekanik baharu dan yang kembali, serta menggunakannya untuk kelebihan anda:

  • Kad Room: ialah kad enchantment yang mewakili lokasi dalam rumah yang boleh anda terokai.
    • Setelah dimainkan, pemain memilih pintu yang mereka mahu buka dahulu, melepaskan apa yang menanti di dalamnya.
    • Berani untuk terus meneroka? Cuma bayar kos pintu lain untuk tahu apa yang terkandung di dalamnya.
  • Manifestasi dread: Keyword action baharu yang membolehkan anda menanamkan ketakutan ke dalam pihak lawan.
    • Apabila pemain melakukan manifests dread, mereka melihat dua kad teratas dalam library mereka. Kemudian mereka memilih satu untuk diletakkan menghadap ke bawah sebagai ‘colourless 2/2 creature’ manakala satu lagi pergi ke graveyard.
    • Jika kad tersebut adalah kad creature, pemiliknya boleh membayar kos untuk membalikkannya pada bila-bila masa mengikut kos mananya.
  • Impending: Mekanik baharu ini muncul pada kad Overlord.
    • Dengan bermain kad-kad ini pada kos yang dikurangkan, mereka memasuki medan pertempuran sebagai non-‘creature’ dengan sejumlah time counter.
    • Ini akan beransur-ansur dihapuskan setiap giliran, memberi rasa bahaya yang semakin dekat apabila pemain menunggu creature itu dilepaskan.
  • Survival: Creature dengan kemampuan survival mencetuskan abiliti unik apabila mereka berjaya bertahan hingga akhir fasa pertempuran dalam keadaan tapped.
  • Eerie: Abiliti yang dicetuskan apabila enchantment memasuki medan pertempuran atau apabila pintu kedua bilik dibuka.
  • Delirium: Keyword yang kembali, memberikan kesan yang lebih baik apabila pemiliknya mempunyai empat atau lebih jenis kad berbeza dalam graveyard mereka.
  • Glimmer: Ialah jenis enchantment creature baharu yang mewakili harapan dan impian seorang yang selamat.
    • Apabila mereka mati, creature ini kembali ke medan pertempuran sebagai enchantment tetapi kehilangan creature type. Dengan cara ini, kesannya terus hidup, terus memberi harapan.

Duskmourn diwakili dalam gaya seni yang unik dan menyeramkan. Anda akan melihat bilik-biliknya yang sentiasa berubah dipamerkan dalam Full Art Manor Land, menawarkan pemandangan aneh dari banyak landskap yang menakutkan.

Ini termasuk Mistmoors yang menakutkan, Floodpits yang beku, Balemurks yang reput, Boilerbilges yang dipenuhi sulfur, dan Hauntwoods yang ganas.

Duskmourn juga memberi penghormatan kepada imej seram retro ikonik dengan kad Paranormal Frame. Kad-kad ini membawa imej yang mencolok mata dan figura menakutkan dalam bentuk statik.

Bagaimana dengan mangsa-manganya? Mereka diwakili dalam kad Double Exposure, gaya seni menyeramkan yang mengingatkan kepada fotografi seram klasik. Ini juga boleh dilihat dalam versi foil bertekstur, yang tersedia secara eksklusif dalam Collector Boosters.

Bersiap sedia untuk kejutan dengan kad Mirror Monster, yang mendedahkan bayangan raksasa menakutkan. Untuk menambah ketidakpastian yang semakin menakutkan, varian Lurking Evil turut diwujudkan.

Yang tidak sabar untuk mendapatkan Collector Booster, anda mungkin akan menemui kad Japanese Showcase. Kad-kad ini sangat jarang ditemui, dan varian Fracture Foil yang lebih jarang lagi, akan menampilkan gaya seni daripada ilustrator dan artis Jepun terkenal.

Ini termasuk kad Special Guest Damnation oleh pereka makhluk Silent Hill, Masahiro Ito, yang menampilkan Valgavoth.

MTG: Duskmourn: House of Horror termasuk Play Booster, Collector Booster, Commander Deck, Prerelease Pack, dan Bundle. Satu Bundle edisi khas ‘Nightmare Edition’ juga akan dilancarkan pada 18 Oktober 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai Duskmourn: House of Horror, layari laman web rasmi di SINI.

Tags: MTG Duskmourn: House of Horror
ShareTweetSend
Previous Post

ASTRO BOT Umum Update ‘Speedrun & Tambahan Special Bot’

Next Post

[TGS24] Previu FANTASIAN Neo Dimension: JRPG Moden Yang Masih Kekalkan Ciri Klasik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[TGS24] Previu FANTASIAN Neo Dimension: JRPG Moden Yang Masih Kekalkan Ciri Klasik

[TGS24] Previu FANTASIAN Neo Dimension: JRPG Moden Yang Masih Kekalkan Ciri Klasik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd