Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lies of P Rasmi Lancar Pada Ogos 2023, Trailer Baru Turut Didedahkan!

Maira by Maira
February 20, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, PC, PC Game Pass, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Lies of P Rasmi Lancar Pada Ogos 2023, Trailer Baru Turut Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Game souslike “Lies of P” yang dinanti-nantikan ramai akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya setelah sekian lama. Pembangun Round8 Studio juga mendedahkan trailer terbaru sempena pengumuman tarikh pelancaran game. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Game action-RPG ini merupakan sebuah game yang diilhamkan daripada sebuah cerita klasik bertajuk Pinocchio. Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Pinocchio dan menyelesaikan misteri dan menghalang ancaman yang berlaku di bandar Krat.

Lies of P

Tentang Lies of P

Anda bangun di sebuah stesen kereta api terbiar di Krat, sebuah bandar yang diselubungi oleh kegilaan dan darah. Di hadapan anda terdapat satu nota yang bertulis,

Cari Mr. Geppeto. Dia ada di bandar ini.

Main sebagai Pinocchio, sebuah patung mechanoid, dan lawan segala halangan yang berada di laluan anda untuk mencari orang misteri tersebut. Tetapi jangan harapkan sebarang pertolongan sepanjang perjalanan dan jangan buat kesilapan dengan mempercayai sesiapa. Anda perlu sentiasa menipu orang lain jika ingin berharap untuk menjadi manusia.

  • Penceritaan semula kisah dongeng yang gelap
    • Kisah Pinocchio telah diceritakan semula dengan visual yang gelap dan menarik. Terletak di bandar Krat yang musnah, Pinocchio berjuang untuk menjadi manusia dan melawan segala rintangan.
  • Konsep visual
    • Bandar Krat telah diilhamkan oleh Era Belle Epoque di Eropah (akhir Abad ke-19 hingga awal Abad ke-20) dan merupakan lambang bandar yang runtuh tanpa kemakmuran.
  • Quest “Lying” dan pelbagai penamat
    • Alami quest yang saling berkait yang bergantung pada cara anda berbohong. Pilihan ini kemudiannya akan mempengaruhi cara cerita itu berakhir.
Lies of P
  • Sistem menghasilkan senjata
    • Anda boleh menggabungkan senjata dalam pelbagai cara untuk mencipta sesuatu yang baharu. Cari kombinasi terbaik dan hasilkan sesuatu yang benar-benar istimewa.
  • Sistem Special Skill
    • Dengan Pinocchio sebagai anak patung, anda boleh menukar bahagian badannya untuk mendapatkan kemahiran baharu dan mendapat kelebihan dalam pertempuran. Tetapi tidak semua peningkatan adalah untuk pertempuran, mereka juga boleh menyediakan beberapa ciri unik dan berguna yang lain.

Lies of P akan hadir ke platform lain seperti PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Bukan setakat itu sahaja, game ini juga disahkan hadir ke PC Game Pass pada hari pertama pelancaran, bermakna anda boleh terus bermainnya jika melanggan pas tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman rasmi Xbox.

Lies of P

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut Lies of P. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lies of P
Previous Post

‘Diablo IV Open Beta Test’ bermula 24-26 Mac, versi ‘Early Access’ mula 17 Mac!

Next Post

Manga Hunter X Hunter mungkin akan hiatus buat selama-lamanya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Filem Superman (2025) – Tidak Lagi Suram, Masa Depan Warna-Warni Di Bawah James Gunn!
Review

Reviu Filem Superman (2025) – Tidak Lagi Suram, Masa Depan Warna-Warni Di Bawah James Gunn!

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
Next Post
Manga Hunter X Hunter mungkin akan hiatus buat selama-lamanya!

Manga Hunter X Hunter mungkin akan hiatus buat selama-lamanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd