Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Let’s Play” bersama PlayStation untuk memenangi Angpau & nikmati tawaran diskaun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2022
in Artikel, Berita, Promosi, PS4, PS5
0 0
0
“Let’s Play” bersama PlayStation untuk memenangi Angpau & nikmati tawaran diskaun!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment (SIES) hari ini mengumumkan kempen “Let’s Play” PlayStation bermula 1 hingga 20 Februari 2022 untuk meraikan Tahun Baharu Cina. 150 keping angpau akan diberikan kepada 50 pemenang tertinggi dari 3 kategori – Press to Play, Connect to Play, dan Time to Play. Pemenang tertinggi boleh memenangi angpau bernilai sehingga MYR 5,700. Pendaftaran akan bermula hari ini hingga 20 Februari 2022!

Selain itu, tawaran jualan istimewa juga akan diadakan dari 26 Januari hingga 9 Februari 2022 untuk pembelian PS VR dengan PlayStation Camera dan controller DUALSHOCK 4 (warna terpilih), serta game PS5 dan PS4.

Cara-cara menyertai

Langkah 1: Daftar dengan ID PlayStation™Network (PSN)

  • Tempoh: 21 Januari hingga 20 Februari 2022
  • Log masuk ID PSN pada halaman Let’s Play dan bersetuju kepada Terma dan Syarat.

Langkah 2: “Let’s Play”

  • Tempoh: 1 hingga 20 Februari 2022
  • Pilih mana-mana game atau gunakan mana-mana aplikasi hiburan pada PS4 atau PS5 dalam tempoh tersebut.

Langkah 3: Menang dan Pilih Hadiah Anda

  • Tempoh: 25 Februari 2022 dan seterusnya
  • 50 pemenang tertinggi dalam setiap kategori berdasarkan rekod main yang dijejak atau waktu penggunaan akan dimaklumkan melalui e-mel .
  • Pilih daripada kategori hadiah berdasarkan kedudukan. Pemenang boleh memilih antara kad hadiah Spotify/ kad hadiah Starbucks / baucar penghantaran Grabfood/ baucar PlayStation™Store / kad e-hadiah Al IT / kad hadiah End Clothing / baucar hadiah ASOS / baucar hadiah Zalora / kad hadiah Hotel Mandarin Oriental / kad hadiah Traveloka / Kad hadiah Lazada

Kategori untuk bertanding

  • Press to Play
    • Peserta boleh menggunakan mana-mana aplikasi hiburan (bukan gaming) pilihan mereka. Mana-mana aplikasi bukan gaming yang digunakan oleh setiap peserta akan dikira dalam jumlah jam penggunaan. 50 peserta tertinggi bagi setiap wilayah dengan jumlah masa paling lama akan memenangi hadiah.
      1. Pemenang 1 – 10 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 2,000.
      2. Pemenang 11 – 20 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 400.
      3. Pemenang 21 – 50 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 120.
  • Connect to Play
    • Bermain apa-apa game dalam mode online multiplayer di PS4/PS5. Ini tidak termasuk game free-to-play. Mana-mana game yang dimainkan oleh peserta hanya akan dikira dalam jumlah jam permainan. 50 peserta tertinggi bagi setiap wilayah dengan jumlah masa paling lama akan memenangi hadiah.
      1. Pemenang 1 – 10 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 3,300.
      2. Pemenang 11 – 20 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 1,000.
      3. Pemenang 21 – 50 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 200.
  • Time to Play
    • Bermain apa-apa game dalam mode bukan online multiplayer di PS4/PS5 termasuk game free-to-play. Mana-mana game yang dimainkan oleh peserta hanya akan dikira dalam jumlah jam permainan. 50 peserta tertinggi bagi setiap wilayah dengan jumlah masa paling lama akan memenangi hadiah.
      1. Pemenang 1 – 10 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 5,700.
      2. Pemenang 11 – 20 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 2000.
      3. Pemenang 21 – 50 tertinggi akan memenangi baucar bernilai MYR 300.
  • Untuk semua orang
    • Satu set avatar eksklusif yang terdiri daripada watak game popular akan diberikan kepada semua peserta Let’s Play pada penghujung kempen.

Tawaran diskaun untuk produk terpilih

Dari 26 Januari hingga 9 Februari 2022, korang boleh menikmati pelbagai tawaran apabila membeli produk di bawah. Butiran seperti berikut:

  • PlayStation VR dan PlayStation Camera – RM 979
  • DUALSHOCK 4 wireless controller (Jet Black / Glacier White / Magma Red / Green Camouflage sahaja) – RM 179
  • Game PS4 & PS5 terpilih (Blu-ray Disc)
  • PS5
    • Demon’s Souls (English & Chinese version) – RM 169
    • Ghost of Tsushima DIRECTOR’S CUT – RM 209
  • PS4
    • Ghost of Tsushima DIRECTOR’S CUT – RM 169
    • The Last of Us™ Part II – RM 79
    • Crash Bandicoot™ 4: It’s About Time – MYR 79
    • FINAL FANTASY VII REMAKE – RM 129

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Let’s Play PlayStation, korang boleh tekan SINI.

Tags: AngpauDiskaunLet's Playplaystation
Previous Post

WWE 2K22 bakal dilancarkan pada Mac 2022 di PS5, PS4, Xbox X|S dan PC!

Next Post

[Review] Monster Hunter Rise PC – Pengalaman bermain yang berbeza dari versi konsol!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
[Review] Monster Hunter Rise PC – Pengalaman bermain yang berbeza dari versi konsol!

[Review] Monster Hunter Rise PC - Pengalaman bermain yang berbeza dari versi konsol!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd