Apex Legends adalah sebuah game FPS battle royale yang terkenal sejak ia dikeluarkan di platform PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC. Dengan penambahan kandungan secara berterusan, ramai pemain yang sayang untuk meninggalkan game tersebut. Pada bulan Mei lalu, EA telah melancarkan versi mobile untuk Apex Legends bersama Legend baharu iaitu Fade.
Untuk memberikan kandungan yang segar dan tiada di tempat lain, mereka memberikan legend eksklusif kepada pemain Apex Legends Mobile. Mesti diantara korang, ada yang tertanya-tanya siapa Fade dan ability apa yang dia ada. Tanpa melengahkan masa lagi, jom saya terangkan serba sedikit berkenaan Legend eksklusif Fade.
Tentang Fade
Fade merupakan Legend ofensif yang didatangkan ke dalam Apex Legends Mobile secara eksklusif. Korang boleh dapatkan Fade dengan menggunakan 750 Syndicate Gold dan 10 Fade Fragment. Dia mempunyai 3 ability termasuk Tactical, Passive dan Ultimate. Berikut adalah jalan cerita macam mana Fade boleh menyertai Apex:
Nama sebenar Fade ialah Ignacio Huamani. Dia dilahirkan dalam keluarga pemburu military-tech di mana Ignacio bekerja bersama bapa dan abang-abangnya untuk mendapatkan senjata canggih bagi dijual kepada pelanggannya.
Dia yang sentiasa menerima tugas sebagai pemantau sahaja, Ignacio tidak sabar untuk menunjukkan skill-nya kepada keluarganya semasa bekerja. Jadi, dia berhubung dengan pelanggan yang menawarkan peluang yang lebih baik secara rahsia. Pelanggan tersebut memberikan ganjaran besar untuk mencari sut teknologi prototaip yang hilang.
Ignacio membawa keluarganya ke kawasan yang dikenali sebagai kapal kargo IMC untuk mendapatkan sut. Malangnya, misi tersebut merupakan sebuah perangkap yang di set-up untuk membunuh keluarga Ignacio. Sebelum pembunuh itu dapat membunuh Ignacio, dia sempat mengaktifkan sut tersebut dan beralih ke dimensi lain.
Oleh itu, Ignacio menyertai Apex Games sebagai Fade untuk membalas dendam. Dia akan menarik perhatian sebanyak yang boleh dengan sut itu untuk pembunuh tersebut keluar dari tempat persembunyian.

Ability
Slipstream (Passive)
Memberikan pemain kelajuan pergerakan dalam masa yang singkat pada penghujung slide. Selepas slide, Fade akan menerima 15% kelajuan pergerakan selama 3 saat.
Flashback (Tactical)
Ia merupakan ability yang membenarkan Fade kembali di mana dia berada 5 saat sebelumnya. Flashback mempunyai cooldown selama 20 saat.
Phase Chamber (Ultimate)
Fade membuka sangkar untuk menghantar semua legend berdekatan ke dalam void. Selepas digunakan ia akan dicas kembali selama 1.5 minit. Dengan menggunakan ultimate, musuh dalam radius 30 meter akan menerima 10 damage dan pergerakannya bertukar menjadi perlahan.

Untuk korang yang bermain Apex Legends Mobile, apa pendapat korang tentang Fade yang telah menyertai barisan Legends lain? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post