SQUARE ENIX hari ini mengumumkan bahawa Legend of Mana edisi remastered yang merupakan ansuran keempat dalam siri Mana, kini tersedia untuk dibeli di aplikasi App Store dan Google Play. Versi mobile permainan ini mempunyai UI skrin sentuh dan sokongan gamepad, serta sokongan cloud-based save data.
Apa itu Legend of Mana?
Legend of Mana ialah ansuran keempat dalam siri Mana yang pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1999. Kini permainan ini ditetapkan untuk kembali sebagai edisi remastered HD, dengan grafik resolusi tinggi, latar belakang yang dilukis semula dengan penuh kasih sayang dan UI yang dikemas kini UI.
Legend of Mana ialah action RPG di mana anda menjadi protagonis dan memulakan pengembaraan di dunia Fa’Diel . Di tengah-tengah cerita ini ialah Mana, tema asas bagi keseluruhan siri Mana, yang misterinya diceritakan dengan gaya seni buku bergambar diiringi soundtrack hebat.
Menggunakan sistem Land Creation, anda meletakkan artifak pada peta untuk mencipta bandar, hutan dan banyak lagi di dunia tersebut. Orang akan muncul dan cerita baru akan digerakkan. Apakah jenis kisah yang akan terungkap? Itu bergantung pada Land Creation anda.
HD Remaster
- Grafik resolusi tinggi
- Imej latar belakang dan beberapa bahagian UI telah dilukis semula untuk sokongan HD penuh. Legend of Mana kini lebih banyak lagi cantik dan boleh dimainkan dengan lebih jelas berbanding sebelum ini.
- Muzik
- Lagu tertentu telah menerima arrangement baru terutamanya untuk HD Remaster. Pemain boleh memilih sama ada mereka mahu mendengar lagu original atau versi yang baru.
- Mod Muzik dan Galeri
- Lihat ilustrasi dan karya seni dari masa keluaran pertama dan dengar soundtrack permainan pada bila-bila masa yang anda suka dari menu tetapan.
- Turn Off Encounters
- Pertemuan dengan musuh boleh dimatikan, menjadikannya mudah untuk anda menerokai kawasan dungeon.
- Ciri save: auto save dan save dimana-mana sahaja
- HD Remaster termasuk fungsi auto save, serta keupayaan untuk save bila-bila masa daripada menu tetapan (tidak termasuk lokasi tertantu dalam permainan)
- Ring Ring Land
- Permainan mini Ring Ring Land disertakan dalam semua versi bahasa. Gunakannya untuk mendapatkan item yang rare dengan lebih mudah berbanding dalam permainan biasa.
Jika anda membeli Legend of Mana sekarang, anda akan menikmati potongan harga sebanyak 20% sehingga 21 Disember. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda untuk menikmati harga diskaun ini! Ia juga tersedia di platform lain seperti Steam, Nintendo Switch dan PS4. Anda boleh membaca review kami mengenai permainan ini.
Untuk segala liputan lain mengenai permainan, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post