Lebih popular dari GTA V, game viking Valheim ada lebih ramai pemain di Steam!

Dihasilkan oleh Iron Gate, Valheim berjaya menarik minat komuniti gaming sejak pelancarannya pada 2 Februari. Entah dari mana, ia telah muncul di Steam dan dengan cepat menjadi popular di kalangan pemain. Ia bukan sahaja seronok untuk bermain bersama rakan-rakan, malah merupakan antara content paling ditonton di Twitch! Cuma saya tidak sangka ia boleh mengalahkan beberapa nama besar dalam industri untuk jumlah pemain semasa paling banyak di Steam.

Untuk menentukan populariti sebuah permainan, kita mestilah kira jumlah pemain yang sedang bermain. Berbeza daripada game single-player, banyak yang perlu dilakukan untuk sentiasa menarik minat komuniti dalam game multiplayer atau MMO, sama ada dari content update, atau perubahan gameplay.  Jika ramai yang masih bermain setiap hari, itu bermaksud idea tersebut berjaya! Selepas menjadi game paling laris di Steam pada minggu lepas, Valheim kini menduduki tangga teratas dari segi jumlah pemain.

Menurut SteamCharts, Valheim berjaya capai jumlah pemain semasa sebanyak 391,325 selama 24 jam terakhir. Walaupun GTA 5 juga mendapat pencapaian baru dari segi jumlah pemain, itu tidak cukup untuk mengalahkan Valheim. Jumlah nilai ini lebih tinggi dari mana-mana game popular lain seperti Apex Legends atau PUBG. Walaupun begitu, Valheim tidak dapat mengalahkan Counter-Strike: Global Offensive dan DOTA 2; yang merupakan dua nama besar dalam dunia gaming .

Kejayaan Valheim cukup luar biasa, dan kita boleh melihat sejenis trend “multiplayer” sedang meningkat dalam kalangan pemain kerana isu pandemik COVID-19. Sama ada Fall Guys, Among Us, atau Valheim, ia sangat mengagumkan untuk melihat sebuah game indie semakin popular dalam masa yang singkat. Apa pendapat anda?

Valheim
Publisher: Coffee Stain Publishing
Developer: Iron Gate AB
Release Date TBC
Microsoft Windows, Steam
Sebagai seorang pahlawan yang terbunuh dalam pertarungan, para Valkyrie telah membawa roh anda ke dunia Norse kesepuluh, Valheim. Dikelilingi oleh makhluk pelik dan musuh kuno kepada  para dewa, anda adalah penjaga terbaru di tempat suci purba ini, dan ditugaskan untuk membunuh musuh lama Odin dan membawa keseimbangan kepada Valheim.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.