Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih kurang 30 jam untuk tamatkan Elden Ring menurut kata produser Yasuhiro Kitao

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 25, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Lebih kurang 30 jam untuk tamatkan Elden Ring menurut kata produser Yasuhiro Kitao
Share on FacebookShare on Twitter

Taipei Game Show baru sahaja tamat pada hujung minggu lepas di mana Elden Ring membuat kemunculan sebagai pengumuman terakhir bagi acara digital tersebut. Produser Yasuhiro Kitao bercakap selama 40 minit tentang game akan datang itu dan mendedahkan bahawa Elden Ring bukan sahaja sudah cecah status “gold” , malah ia juga akan mengambil masa kira-kira 30 jam untuk tamatkan kempen utama.

“Ini amat berbeza mengikut pemain. Tetapi dari segi sasaran yang ditetapkan semasa pembangunan, ideanya adalah jalan cerita utama sepatutnya dapat ditamatkan dalam masa kira-kira 30 jam. Game secara keseluruhan agak besar, dan mengandungi berpuluh-puluh jam lagi gameplay, tetapi jika kita bercakap tentang jalan cerita utama sahaja, ia tidak sepatutnya mengambil masa lebih lama daripada itu.”

Kata Yasuhiro Kitao.

Buat sesiapa yang pernah bermain game Souls seperti Dark Souls, Demon Souls, Nioh, Sekiro dan sebagainya, janganlah percaya anggaran 30 jam itu sangat. Game seperti ini memang amat terkenal dengan tahap kesukarannya yang brutal, jadi tempoh 30 jam itu pasti akan bertambah setiap kali kita mati.

Pada masa yang sama, Kitao juga mendedahkan bahawa Elden Ring tidak sama seperti Dark Souls dari segi kesusahan, jadi pemain tidak seharusnya takut dengan Elden Ring.

“Ini adalah judul yang sesuai untuk mereka yang pernah meminati game kami pada masa lalu, tetapi tidak pernah cuba kerana bimbang game-nya terlalu sukar,”

kata Kitao.

Walaupun game ini boleh di tamatkan dalam masa 30 jam, Kitao berkata bahawa tiada siapa dapat mengalami Elden Ring 100% dalam satu playthrough kerana sistem kesimpulan yang bentuk bercabang. Walau bagaimanapun, New Game Plus membolehkan pemain mengalami kempen utama sekali lagi menggunakan watak yang sama (sambil mengekalkan semua skil dan peralatan) supaya anda boleh mencuba kesimpulan yang berbeza buat playthrough kedua.

Elden Ring akan keluar pada 25 Februari 2022 untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X & Series S, dan Microsoft Windows. Baca preview kami di SINI.

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Tags: Elden RinggoldmasaYasuhiro Kitao
Previous Post

Bekas pembangun Yakuza membuka studio baru, Nagoshi Studio!

Next Post

Sebanyak 70% game developer tidak berminat dalam NFT, label sebagai “skim piramid”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Sebanyak 70% game developer tidak berminat dalam NFT, label sebagai “skim piramid”

Sebanyak 70% game developer tidak berminat dalam NFT, label sebagai "skim piramid"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd