Kamu mungkin fikir bahawa sekolah itu membosankan dan tidak menarik, tetapi sekurang-kurangnya anda hanya perlu fikir tentang kerja sekolah atau guru disiplin. Kasihanlah sesetengah pelajar dalam anime yang perlu bimbang tentang kebolehan maut, zombie, dan juga hantu. Kehidupan di sekolah anime bukan sekadar merenung di luar jendela, atau lepak di atas bumbung sekolah.
Seseorang mungkin tertanya-tanya mengapa ia masih dipanggil “sekolah” tetapi hakikatnya, secara fizikal ia adalah sebuah pusat pendidikan walaupun cenderung untuk dibesar-besarkan. Inilah senarai lapan sekolah paling BAHAYA dan MAUT yang anda harus ELAK!
Hyakkou Private Academy – Kakegurui
Tiada siapa yang pernah meninggal dunia di Hyakkou Private Academy dan satu-satunya kelebihan yang sekolah ni ada ialah pelajar tidak perlu lakukan apa-apa kecuali berjudi. Itu sahaja.. Tiada kelas.. Tiada kurikulum.. Mereka hanya perlu bermain mesin kasino atau berjudi antara satu sama lain. Kekurangannya pula ialah, bukan semua orang boleh menang dalam judi. Di Hyakkou, jika anda menaruh jari atau segala harta anda, anda harus tepati janji itu.. WAJIB. Pelajar Hyakkou sangat serius dan mengambil berat tentang judi. Mereka yang kalah secara dasarnya akan dimalukan dan menjadi hamba abdi kepada pelajar yang menang. Bagi sesetengah orang, situasi ini mungkin lebih buruk daripada kematian.
Honnouji Academy – Kill La Kill
Di Honnoji Academy, jangan haraplah dapat masuk ke dalam sekolah jika lambat, kerana ia mustahil! Pertama sekali, presiden sekolah yang bersifat diktator telah menubuhkan acara “No Late Day” di mana pelajar perlu mengelak daripada perangkap maut dan halangan untuk sampai ke kelas. Terdapat juga acara di mana pelajar-pelajar terpaksa berperang dengan sekolah lain tanpa berkesudahan. Sekolah ini tidak mempunyai banyak kelas dan setiap pelajar lebih tertumpu pada peperangan untuk mendapatkan status dan kekayaan. Kehidupan ini pasti membunuh pelajar yang tidak layak.
Hope’s Peak Academy – Danganronpa: The Animation
Sebuah sekolah yang menggabungkan mekanik battle royale dan pendidikan, Daganronpa: The Animation ialah sebuah siri anime berdasarkan permainan video yang mengharuskan pelajar-pelajar bertahan hidup sehingga hanya dia sahaja yang tinggal. Premis anime ini berlangsung di Hope’s Peak Academy, sebuah sekolah di mana pelajar dengan pencapaian akademik yang luar biasa digoda untuk menyertai pertarungan Battle Royale di mana hukuman untuk si kalah biasanya ialah kematian yang mengerikan. Tetapi ia bukan semudah itu.. Jika sekolah mendapati bahawa seorang pelajar telah mati, suspek akan dibawa ke mahkamah oleh rakan sekelasnya. Jika suspek betul didapati bersalah, dia akan mati. Sekiranya rakan sekelasnya yang salah, maka mereka yang akan mati. Kejam tetapi adil.
Fujimi High School – Highschool of the Dead
Tak lengkaplah senarai ini tanpa Highschool of the Dead. Dengar nama pon dah tahu.. Anime ni berkisahkan sebuah sekolah yang sedang bertarung dengan epidemik zombie. Tidak kisah kalau kacak, cantik, kelakar, atau hodoh, semua telah bertukar menjadi zombi. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pelajar. Bilangan mangsa yang mati di Fujimi High School sangat tinggi sehingga mereka yang terselamat pun tidak melebihi 10. Berdasarkan bilangan kematian sahaja, Fujimi High School adalah salah satu sekolah anime paling berbahaya dalam sejarah. Sudah tentu, semua orang yang mati juga berubah menjadi zombie tapi di kehidupan sebenar, kita pun sama jika tengah fikir pasal peperiksaan akhir.
Yomiyama North Middle School – Another
Kamu akan tahu sekolah itu tidak selamat apabila ia terkena sumpahan. Itulah yang terjadi kepada Yomiyama North Middle School. Satu keajaiban bahaw sekolah ini masih dibuka kepada pelajar. Latar belakangnya ialah sekolah ini mempunyai legasi yang jahat dan menakutkan di mana ramai pelajar telah mati dengan ngeri bermula tahun 1972 sejak kematian seorang pelajar tunggal (anime ini berlaku pada tahun 1998). Rupanya, rakan-rakan sekelas kepada pelajar mati itu telah membangkitkan entiti jahat apabila mereka berpura-pura pelajar mati itu masih hidup untuk mengatasi kesedihan mereka. Semasa “present timeline” di anime, banyak kematian pelik dan mengerikan telah berlaku kepada pelajar sekolah dan saudara-mara mereka sehingga pada penghujung anime, sekolah ini dah layak tukar menjadi tanah perkuburan.
Heavenly Host Academy – Corpse Party: Tortured Souls
Kamu baca tajuk anime Corpse Party: Tortured Souls pun dah sepatutnya boleh tahu. Tak perlu nak saya terangkan mengapa ini adalah anime terakhir dalam senarai. Corpse Party: Tortured Souls adalah salah satu anime paling mengerikan, paling menyeramkan, paling keji, dan macam-macam perkara negatif lain yang boleh buat sesiapa pengsan. Heavenly Host Academy berlaku apabila sebuah sekolah berhantu yang terkenal untuk kes penculikan dan pembunuhan bersiri dirobohkan dan sebuah sekolah baru bernama Kisaragi Academy dibina di atasnya. Walau bagaimanapun, sekolah Heavenly Host Academy telah terselamat dalam dimensi lain tetapi di lokasi yang sama! Untuk membalas dendam, sekolah ini menculik beberapa pelajar dari Kisaragi Academy dan di sinilah kisah seram ini bermula.
@gamersantaimy
Discussion about this post