Sejak musim kelapan bermula, Fortnite diperkenalkan dengan beberapa perubahan drastik untuk petanya, senjata dan item baharu. Game battle royale musim ini bertemakan lanun, harta karun dan gunung berapi yang meletus di dalam peta! Kehadiran gunung berapi yang meletus itu, menghasilkan kawasan lava di bawahnya. Sejak dari itu, ramai peminat meminta Epic untuk satu mode di mana bulatan terakhir akan tertumpu pada lava dan pemain hanya boleh bergantung kepada materials mereka untuk kekal hidup.
Let's cool down for a bit. Downtime has started for v8.20 update.
Head over to the patch notes to learn about what's new: https://t.co/95wTupsAwW
— Fortnite (@FortniteGame) March 27, 2019
Fortnite telah mengeluarkan satu patch note terbaru iaitu update v8.20. Antara perubahan yang dilakukan dalam patch note tersebut termasuklah:
Mode ‘Floor is Lava’
Mode Floor is Lava hanya ada untuk masa yang terhad. Dalam update tersebut, Fortnite berkata:
“Gunung berapi telah meletus… Drop, loot, RUN! Kekalkan high ground dan jadi pemain terakhir yang tinggal dalam LTM yang hangat ini!”
Poison Dart Trap
Satu lagi tambahan baru adalah trap poison di mana fungsinya lebih kurang sama seperti trap biasa. Ia boleh memberikan 80 dmaage kepada pemain yang terperangkap berdekatannya. Apa yang hebatnya, trap ini akan terus mengenakan damage kepada nyawa pemain dan bukannya shield mereka!
Penambahan item baharu
Fortnite memasukkan lagi item baharu seperti pisang untuk menambahkan nyawa. Pepper pula akan meningkatkan kelajuan sebanyak 20% selama 10 saat dan berikan nyawa sebanyak 5. Terakhir sekali adalah buah kelapa yang berfungsi seakan-akan slurp juice, di mana apabila digunakan, nyawa akan bertambah sedikit-demi sedikit.
Ini adalah ringkasan mengenai mode terbaru: Floor is Lava
- Beberapa minit masuk ke dalam perlawanan, lava akan mula meningkat.
- Lava akan bergerak pada kelajuan yang stabil sehingga seluruh peta dilitupi.
- Menyentuh lava akan memberi damage secara terus kepada nyawa pemain dan korang akan dilantunkan ke udara.
- Pemain boleh membina di atas lava.
- Pemain akan diberi sebilangan kecil materials setiap saat, untuk membantu mereka dalam situasi “keseluruhan peta terbakar”.
Macam mana? Korang mesti teringatkan zaman-zaman kecil dahulu di mana kita melompat dari satu sofa ke sofa yang lain sebab nak mengelak lantai lava! Kini, Fortnite mengembalikan nostalgia korang dalam mode terbarunya yang boleh dimain pada waktu yang terhad sahaja! Jadi, jangan lepaskan peluang ini, jom kita serbu masuk Fortnite!
Sumber: Epic Games
@gamersantaimy
Discussion about this post