Nasib baiklah developer sendiri yang post tweet ini dan tegas kata ini bukan lawak April Fools. Kalau tak, memang susah lah nak percaya PUBG dapat mode Prime. Tidak jelas mengapa Tencent memilih untuk membuat pengumuman itu pada hari tersebut tapi jangan risau, memang benar.
It’s not an April Fools joke. Our subscription system is officially launched! You can subscribe Prime, Prime Plus or both of them to get different privileges. Check out more details in-game. pic.twitter.com/H7LZdpUaJQ
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 1, 2019
Langganan Prime dan Prime Plus kini boleh didapati untuk pemain mobile di Android dan iOS. Langganan ini memberi pemain jumlah yang tetap untuk Unknown Cash (UC), diskaun pada peti, dan memberi kemudahan kepada pemain untuk membuat in-game purchases menggunakan daily Battle Points (BP).
PUBG Mobile Prime ialah pelan basic yang berharga pada RM4.49 sebulan. Pelan ini memberi 5 UC setiap hari hari dan pembelian menggunakan BP. Pelan Prime Plus yang lebih berbaloi pula berharga RM41.99. Buat masa ini, pelan ini mempunyai diskaun sebanyak Rm19.99 sebulan dan mengandungi pelbagai kelebihan seperti 20 UC setiap hari dan juga kebolehan untuk membuat pembelian menggunakan BP. Pelan ini juga memberi pelbagai diskaun pada in-game loot dan item, pada masa yang sama, memberi pemain 10 RP setiap hari. Pemain juga akan menerima diskaun sebanyak 50% untuk kemasukan ke Classic Crate Lottery setiap hari.
Jika anda ialah seorang pemain yang casual yang hanya main beberapa jam sepanjang minggu, servis ini amat tidak sesuai untuk anda. Peminat hardcore francais ini pula boleh memilih antara mana-mana pelan, mengikut berapa banyak jumlah mereka boleh melabur.
Sumber – PUBG Mobile
@gamersantaimy
Discussion about this post