Kita semua tahu bahawa plagiarisme itu ialah satu jenayah dan terjadi apabila seseorang meniru atau mereplikasikan hasil tangan orang lain. Di sini, sebuah game mobile dari Korea Selatan telah dituduh melakukan plagiat kerana meniru siri manga-anime terkenal Kimetsu no Yaiba oleh Koyoharu Gotōge. Betapa beraninya mereka kan?
Permainan ini bernama Sword of the Demon dan dibangunkan oleh studio Tennine serta diterbit oleh Justicesoft. Dilancarkan di Google Play Store pada 24 April, game ini menceritakan kisah Tatsuya dan Kasumi, di mana keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan iblis. Macam pernah dengar kan jalan cerita ni?
Tidak lama kemudian, para gamers dan peminat anime di Korea Selatan mula menyedari persamaan antara Sword of the Demon dan Kimetsu no Yaiba. Selain daripada mempunyai nama dan jalan cerita yang hampir sama, penampilan Tatsuya dan Kasumi juga amat menyerupai Tanjiro dan Nezuko. Studio Tennine dengan cepat membantah tuduhan ini dan berkata:
“Persamaan pada konsep pemburu iblis dan reka bentuk watak yang memakai pakaian Jepun hanyalah kebetulan.”
Game ini tidak disediakan di Play Store Malaysia tetapi saya sendiri pun tidak berminat untuk cuba. Lebih baik saya tunggu game mobile rasmi Kimetsu no Yaiba. Jadi apa pendapat anda tentang kes ini? Adakah ia hanya kebetulan? Atau kebuntuan kreativiti?
@gamersantaimy
Discussion about this post