Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami Umum Game Aksi Open-World ‘Edens Zero,’ Akan Tiba 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2024
in Anime, Artikel, Berita, PC, Xbox Series X|S
0 0
0
Konami Umum Game Aksi Open-World ‘Edens Zero,’ Akan Tiba 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Xbox Partner Showcase baru-baru ini, Konami menggembirakan peminat anime dan game dengan memperkenalkan action-RPG baharu berdasarkan siri popular Hiro Mashima, EDENS ZERO. Dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2025, game ini akan tersedia di Xbox Series X|S dan PC, dengan rancangan untuk konsol lain juga.

Game EDENS ZERO akan datang ini memberi peluang kepada pemain untuk “menghidupkan semula jalan cerita manga” sambil mereka memulakan pengembaraan merentasi Sakura Cosmos yang luas.

Game ini merupakan sebuah 3D RPG aksi open-world yang mengikuti perjalanan epik Shiki Granbell dan rakan-rakannya, membawa pemain menerokai pelbagai planet yang dipenuhi musuh berbahaya dan watak-watak yang ikonik dari siri tersebut.

Kredit: Konami

Sebagai sebuah action-RPG, game ini membolehkan pemain mengawal pelbagai watak, masing-masing dengan abiliti unik mereka. Daripada pertempuran yang pantas hingga kisah naratif yang mendalam, EDENS ZERO menjanjikan gabungan penceritaan yang mengasyikkan dengan gameplay yang mendebarkan.

Pemain akan mengembara ke planet-planet, bertarung dengan musuh yang kuat, dan mencari entiti kosmik yang dikenali sebagai “Mother”—watak penting dalam manga dan adaptasi anime.

Kredit: Konami

Hiro Mashima, pencipta utama di sebalik EDENS ZERO yang terkenal dengan karya sebelumnya seperti Fairy Tail dan Rave Master, telah terlibat secara aktif dalam pembangunan game ini.

Menurut Konami, input Mashima telah membentuk elemen gameplay, reka bentuk, dan jalan cerita, menjadikannya adaptasi yang setia kepada siri yang digemari ramai.

Kredit: Konami

Ini bukan kali pertama Konami mengusik tentang adaptasi game untuk EDENS ZERO. Pada tahun 2020, syarikat itu mengumumkan rancangan untuk RPG aksi 3D berdasarkan siri tersebut semasa Tokyo Game Show, namun butiran lanjut masih kekal rahsia sehingga kini.

Pengumuman di Xbox Partner Preview mengesahkan bahawa projek ini telah berjalan lancar dan dijangka menjadi salah satu game berdasarkan anime paling dinanti-nantikan pada tahun 2025.

Tags: Edens Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Tarikh Keluaran Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Diawalkan Ke 21 Februari 2025

Next Post

[gamescom asia 24] Dapatkan Barangan Eksklusif CAPCOM Termasuk Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[gamescom asia 24] Dapatkan Barangan Eksklusif CAPCOM Termasuk Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man & Banyak Lagi!

[gamescom asia 24] Dapatkan Barangan Eksklusif CAPCOM Termasuk Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd