Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Komen Riot Apabila Dituduh Mendiskriminasikan Jantina Di Studio League of Legends

MrFroggy by MrFroggy
August 9, 2018
in Artikel, Berita
0 0
0
Komen Riot Apabila Dituduh Mendiskriminasikan Jantina Di Studio League of Legends
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam baru je aku post pasal isu hangat kat Riot ni tentang isu diskriminasi jantina kan. Agaknya, sebab rasa tuduhan tu tak munasabah atau sebaliknya, Riot keluarkan kenyataan rasmi diorang untuk membalas pertuduhan ni. Jurucakap Riot , RiotSmileyjoe menyatakan bahawa Kotaku tak menyatakan sepenuhnya tentang budaya Riot yang sebenar dan ia menimbulkan pelbagai kontroversi, di sini dia inginkan komuniti melihat sepenuhnya apa sebenarnya yang berlaku.

Fuh, panas betol isu Riot ni. Menurutnya, Riot menamkan budaya yang unik dimana ia menempatkan mereka untuk memberi kepada semua orang pengalaman yang menakjubkan : Satu di mana mereka fokus secara obsesif kepada semua pemain; satu dimana semua orang diberi peluang yang sama untuk didengari, mengembangkan peranan mereka dan maju di dalam organisasi. Katanya:

“kata kuncinya adalah “Usaha”– budaya kami mementingkan aspirasi dan kami realistik tentang fakta dan nilai dalam manifesto tidak semestinya sempurna dalam mencerminkan realiti semua perkerja di dalam Riot. Bercakap tentang wanita di dalam mesyuarat, menaikkan/ mengupah sesiapa kurang dari orang lain dan melanggar landasan dari tegas kepada agresif adalah tiga dari contoh tindakan yang amatlah bertentangan dengan budaya kami. Untuk menyatakan tindakan ini mencermikan budaya kami adalah salah!”

Riot jugak menekankan yang diorang tak kan bertoleransi terhadap diskriminasi , gangguan, membalas , membuli dan ‘membawang’ secara umum. Betul ke ? habis tu kalau takde angin masakan pokok bergoyang ye tak. Dalam mengupah pekerja pulak, Riot menyatakan jalan terbaik untuk mengupah pekerja adalah dengan mengupah ‘Gamers’ , so, kalau ko ni zero pasal game memang jangan harap la. Tapi korang tengok kenyataan dia kat bawah ni.

“Sementara bukan semua pekerja Riot adalah gamer, kebanyakannya ya. Dan untuk pencerahan, ini tidak semestinya sekadar League of Legends; apa – apa yang kamu main, kalau kamu ambil masa untuk main, kamu seorang gamer. Samaada ianya Mario atau Dark Souls, MTG atau D&D, Overwatch atau LOL”

Eh, pelik jugak ada Rioters bukan gamers? Erm, bercelaru jugak kenyataan dia ni. Semenjak timbulnya isu – isu macam ni Riot mula untuk memformalkan diorang punya unit Diversiti dan Kemasukan (macam Human Resource la) dan dia menambah , dengan adanya unit ini adalah cara terbaik untuk diorang menyampaikan dan memberi pengalaman yang sama dalam memastikan semua calon yang berpotensi tanpa diskriminasi untuk menyertai Riot.

Kenyataan rasmi Riot ni sebenarnya dkritik habis wei kat Reddit yang mana rata – rata berpendapat Riot tak menangani isu yang ditimbulkan oleh Kotaku punya statement sebelum ni. Pedapat aku pon macam tu, sebab kenyataan Riot terlampau umum, statement mintak maaf pon takde (macam artis Malaysia selalu buat) , apa tindakan nya kalau ada isu macam ni timbul? Jadi, bagi aku kenyataan ni sekadar nak elak dari kontroversi je tanpa mengubah apa – apa pon.

Tags: diskriminasijantinaLolRiot Games
Previous Post

Evolusi visual arkitek untuk VR di KDU!

Next Post

Koboi time! Red Dead Redemption 2 Gameplay Trailer hari ni guys!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Koboi time! Red Dead Redemption 2 Gameplay Trailer hari ni guys!

Koboi time! Red Dead Redemption 2 Gameplay Trailer hari ni guys!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd