Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolab PADINI & Jujutsu Kaisen kini di Malaysia – baju istimewa harga RM59!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fesyen, Tempatan
0 0
0
Kolab PADINI & Jujutsu Kaisen kini di Malaysia – baju istimewa harga RM59!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada angin, tiada ribut – rupanya jenama fesyen PADINI sedang membuat kolaborasi bersama manga/anime terkenal Jujutsu Kaisen. Buat masa terhad atau selagi stok masih ada, anda boleh membeli baju kemeja-T atau lengan panjang bersama corak Jujutsu Kaisen.

Pada masa ini, beberapa corak baju boleh dibeli dan setiap helai berharga RM59.00. Di laman web rasmi, hanya 2 corak sahaja yang disediakan tetapi jika anda melawat kedai PADINI rasmi, lebih banyak corak boleh didapatkan.

Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi PADINI x Jujutsu Kaisen, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI!

Kredit: MAPPA

Bagi mereka yang kurang tahu, Jujutsu Kaisen adalah siri manga Jepun yang dicipta oleh Gege Akutami. Ia telah mula disirikan dalam majalah shonen Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha sejak Mac 2018, di mana semua bab dikumpulkan dan diterbitkan dalam 24 jilid tankobon setakat Oktober 2023.

Kisah ini mengikuti seorang pelajar sekolah menengah bernama Yuji Itadori ketika dia menyertai organisasi rahsia Jujutsu Sorcerers untuk menghapuskan “sumpahan” yang kuat bernama Ryomen Sukuna, selepas dia (tanpa sengaja) menjadi hos kepada antagonis itu.

Kredit: Shueisha

Disebabkan populariti semakin meningkat, siri ini juga menerima adaptasi anime sebanyak 24 episod yang dihasilkan oleh MAPPA, pada Oktober 2020 manakala musim kedua ditayangkan pada Julai 2023.

Setakat Julai 2023, manga Jujutsu Kaisen mempunyai lebih 80 juta salinan dalam edaran, termasuk novel, versi digital dan Jujutsu Kaisen 0, lantas menjadikannya salah satu siri manga paling terlaris sepanjang zaman.


Dapatkan segala berita kami tentang Jujutsu Kaisen di SINI!

Sumber – Wanuxi

Tags: Jujutsu KaisenPADINI
ShareTweetSend
Previous Post

MANGA Plus Max – Servis Langganan Baru untuk Baca Manga Kegemaran!

Next Post

Assassin’s Creed Mirage (PS5) Review — Kembali ke Akar Umbi Francais! Menyelinap di Seluruh Kota Baghdad!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Assassin’s Creed Mirage (PS5) Review — Kembali ke Akar Umbi Francais! Menyelinap di Seluruh Kota Baghdad!

Assassin's Creed Mirage (PS5) Review -- Kembali ke Akar Umbi Francais! Menyelinap di Seluruh Kota Baghdad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd