Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Knights of Honor 2: Sovereign akan tersedia di PC 7 Disember ini!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 17, 2022
in Artikel, Berita, Game, Genre, PC, Platform, Real time strategy, Steam
0 0
0
Knights of Honor 2: Sovereign akan tersedia di PC 7 Disember ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk para peminat game genre real-time strategy (RTS) kerana THQ Nordic dan Black Sea Games telah mengumumkan bahawa game terbaru mereka iaitu Knights of Honor 2: Sovereign. Game ini akan tersedia untuk platform PC sahaja dan akan dikeluarkan pada 7 Disember ini.

Anda boleh tengok trailer gameplay Knights of Honor 2: Sovereign di bawah:

Trailer tersebut menunjukkan kepada kita bagaimana game ini akan dimainkan nanti. Ia bermula dengan pemain sedang merancang untuk menceroboh kerajaan jiran, mewujudkan laluan perdagangan, dan menyebabkan pemberontakan di kerajaan lain.

Selain itu, trailer ini juga menunjukkan gameplay pertempuran kerana anda boleh merekrut dan memimpin tentera untuk berperang. Anda juga akan dapat mengawal pasukan tentera secara langsung dan memimpin mereka dalam pertempuran RTS yang penuh aksi. Dengan menggunakan taktik RTS, anda boleh “flanking”musuh dengan unit berkuda atau menghantar askar untuk memanjat dinding istana mereka.

Knights of Honor 2: Sovereign berlatarkan di Eropah pada Zaman Pertengahan, di mana pemain boleh memilih kerajaan mereka dari kalangan Eropah, Afrika Utara dan beberapa bahagian Asia. Anda akan menjadi Raja dan boleh melantik marsyal, pedagang, ulama, diplomat dan pengintip untuk menyertai mahkamah diraja.

Anda boleh memilih cara untuk memerintah, sama ada melalui diplomasi yang licik atau penaklukan yang kejam. Game ini juga mempunyai pelbagai mod untuk anda bermain bersama rakan-rakan secara online.

Berikut adalah kisah tentang Knights of Honor 2: Sovereign:

Knights of Honor II: Sovereign: Menjadi Raja dan bergelut untuk menguasai Eropah dalam game strategi pada zaman pertengahan ini. Sovereign mengandungi semua perkara yang diingini oleh pemain untuk game strategi, mempersembahkan dunia sebagai makhluk kecil yang hidup, bernafas dan boleh diperintah.

Pilih istana diraja anda dengan berhati-hati dan tentukan nasib rakyat anda, sama ada kekayaan, penaklukan, tipu daya, perdagangan, atau kekalahan! Bangkitkan tentera untuk mempertahankan tanah anda atau berperang dengan musuh – terjun ke pertempuran secara langsung dalam RTS yang penuh aksi. Jalannya dibuka: jadilah Sovereign sejati rakyatmu.

Ciri-ciri penting:

  • Strategi besar boleh diakses – Semua ilmu tentang agama, diplomasi, pembangunan bandar dan banyak lagi tanpa sebarang kekeliruan.
  • Real-Time Gameplay – Zaman Pertengahan Eropah menjadi hidup, tidak perlu pusingan.
  • Mahkamah Diraja – Lantik Marshall, Clerics, Pedagang, Diplomat dan pengintip untuk melaksanakan kehendak anda di seluruh negara.
  • Pertempuran RTS – Pimpin tentera anda secara langsung dalam pertempuran RTS yang memukau.
  • Berbilang pemain – Sertai bersama rakan-rakan untuk menyahut cabaran Zaman Pertengahan Eropah.

Sekali lagi saya ingatkan bahawa Knights of Honor 2: Sovereign akan dikeluarkan pada 7 Disember ini dan hanya untuk platform PC melalui Steam sahaja.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Previous Post

Unboxing Nintendo Switch OLED Pokémon Scarlet & Violet Edition – Reka bentuk cukup Legendary!

Next Post

Samurai Maiden Sah Lancar Pada 8 Disember 2022 di Steam , PS dan Switch!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Samurai Maiden Sah Lancar Pada 8 Disember 2022 di Steam , PS dan Switch!

Samurai Maiden Sah Lancar Pada 8 Disember 2022 di Steam , PS dan Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd