gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Acara

“Kisah Suka Duka di Comic Fiesta 2022” — Pengalaman Semasa Acara ACG Terbesar di Malaysia!

Maira by Maira
December 23, 2022
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Manga
0 0
0
“Kisah Suka Duka di Comic Fiesta 2022” — Pengalaman Semasa Acara ACG Terbesar di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Comic Fiesta 2022 telah pun melaburkan tirainya pada hujung minggu yang lalu. Berlangsung selama dua hari di KLCC, pelbagai perkara yang berlaku di konvensyen ACG terbesar ini. Kami juga ada juga beberapa benda yang ingin diceritakan. Tanpa membuang masa, jom kami ceritakan sedikit tentang pengalaman kami semasa berada di acara tersebut.

Hari pertama kita dimulakan dengan barisan yang sangat panjang. Pintu masuk belum dibuka lagi, tetapi melihat barisan pengunjung sahaja sudah penat dibuatnya. Ada juga yang terpaksa beratur sehingga 3 jam lebih. Kami memang tabik sungguh. Hari kedua juga masih lagi meriah dengan barisan yang panjang. Tetapi ia lebih terurus dan perjalanan pengunjung memasuki dewan lebih lancar.

Sudah namanya acara ACG sudah tentu kita akan melihat ramai cosplayer. Antara siri atau game yang kami nampak menjadi pilihan cosplay tahun ini ialah Genshin Impact, Chainsaw Man dan juga Arknights. Ada juga yang lebih kreatif dengan cosplay sebagai Optimus Prime. Bukan setakat dalam hall dan taman sahaja penuh dengan cosplayer, Suria KLCC juga tidak terlepas daripada mereka.

Masuk sahaja ke dalam dewan KLCC, kami melihat ramai yang sudah beratur di Coffy Tiam. Mana tidaknya, di situlah anda boleh mendapatkan tiket live khas Suzuki Konomi dan juga postcard Hololive.

Booth-booth premium juga boleh tahan meriah dia. Seperti biasa terdapat banyak produk daripada anime yang anda boleh dapatkan seperti figura, prop cosplay, acrylic stand, t shirt dan banyak lagi. Ada juga booth yang mempamerkan figura-figura yang telah dikeluarkan. Kalau ada yang berkenan, bolehlah mencarinya di booth tersebut.

Sudah lihat booth premium, kita pergi pula ke booth artis dan cosplay pula. Ini yang menjadi cabaran sebenarnya. Kalau nak dibandingkan dengan premium booth, booth artis lebih padat dengan pengunjung. Nak jalan pun satu langkah pun agak lambat.

Senang cerita, memang meriahlah. Boleh nampak juga ramai yang berjumpa dengan kawan-kawan mereka di sini. Memandangkan Genshin Impact agak popular tahun ini, booth artis telah didominasi oleh game tersebut dengan pelbagai merch menarik yang dihasilkan. Antara benda menarik yang kami nampak ialah lukisan watak-watak wanita Chainsaw Man yang berpakaian kebaya. Memang berbudaya sungguh booth tersebut.

Sempat juga kami pergi ke beberapa panel khas semasa Comic Fiesta 2022. Panel tersebut ialah panel bersama pelakon suara NSR dan juga panel mencipta Vtuber bersama MyHoloTV. Banyak juga benda menarik yang telah didedahkan oleh mereka ini. Anda boleh pautan tersebut untuk membacanya.

Nak pergi stage bukan main payah kali ini. Habis kena jalan-jalan dekat booth artis. Memang tidak pelik kenapa padat. Tetapi demi Vtuber, kita redah sahaja. Comic Fiesta 2022 pertama kali membawa Hololive Meet. Kali terakhir Hololive Meet diadakan semasa acara TAGCC yang lalu, di mana Moona dan Risu hadir memeriahkan acara.

Thank you for coming to see @takanashikiara and @watsonameliaEN at Comic Fiesta, our last #hololiveMeet for 2022!

We really appreciate everyone who visited hololive Meet this year, and hope you all enjoyed them!!

We're looking forward to our next journey! See you soon!✈️ pic.twitter.com/30ciV23ePp

— hololive production (English) (@hololivepro_EN) December 19, 2022

Berbeza dengan TAGCC, Hololive Meet di CF2022 membawa empat bakat Hololive lain iaitu Kiara Takanashi dan Amelia Watson daripada Hololive English dan Iofi dan Kobo daripada Hololive Indonesia. Bukan selalu kena dapat berjumpa dengan mereka ini. Jadi memang penuh habis kawasan stage tersebut.

Semua yang berada semasa Hololive Meet memang enjoy dengan aktiviti yang dilakukan. Sempat juga kita diejek oleh Kiara dan membuli Kobo semasa kuiz show. Kobo siap main gitar live semasa Iofi sedang melukis. Oh ya, ada satu skrin besar yang membolehkan pengunjung untuk tangkap gambar bersama-sama Vtuber Hololive yang hadir.

Thank you Comic Fiesta!
We hope the meeting with Iofi & Kobo brightens your day! 🌞

📅 18 December 2022
📍 KL Convention Centre#hololiveMeet #ComicFiesta2022 #holoID pic.twitter.com/zKdG0FedRz

— hololive Indonesia (@hololive_Id) December 18, 2022

Tidak dilupakan juga persembahan daripada Vtuber daripada MyHoloTV, Liliana Vampaia dan Virion Kisei. Walaupun mereka agak gementar tetapi mereka berdua melakukan persembahan yang terbaik. Rouge (persona lain Liliana) pun sempat juga menyanyikan satu lagu waktu itu. Sayangnya ini acara terakhir untuk Virion kerana dia akan bergraduasi pada tahun hadapan.

Thank you so much to all 3,000+ audience for coming to watch Lili and Rion singing performance!

Hope you enjoy as much as we did! pic.twitter.com/SEveYnzOKM

— MyHolo TV (@myholotv) December 18, 2022

Sudah penat berebut tiket, sudah tentu kita kena layan live khas Suzuki Konomi (Konomin). Kami tidak tahu bagaimana nak ceritakannya kepada anda. Memang gempak habis persembahan Konomin. Kalau nak tahu, ini kali ketiga Konomin datang ke Malaysia.

Sumber: Comic Fiesta

Sempat juga joget beramai-ramai semasa lagu “ULTRA FLASH”. Encore pula dihabiskan dengan lagu “This Game”, lagu opening No game No life. Bergegar habis lantai stage sepanjang persembahannya. Berbaloi sungguh berebut tiket live tersebut.

Sumber: Comic Fiesta

Dan penutup tirai Comic Fiesta 2022 dihangatkan dengan persembahan band The Crestfall, Mystical Mirage dan juga Amelia Khor. Masing-masing membawakan lagu-lagu anime yang terkini dan sudah tentu beberapa lagu lama yang masih lagi segar dalam ingatan peminat anime. Stage ditutup dengan encore terakhir oleh Amelia Khor dengan lagu “GO!!!”. Masing-masing memang hype habis pada waktu itu.

Comic Fiesta 2022 memang memberikan banyak memori indah dan mungkin ada beberapa yang tidak indah. Kami pasti anda juga mahukan penambahbaikan untuk acara tersebut tahun depan. Anda pun ada di sanakah hujung minggu lalu? Cuba cerita sikit pengalaman anda di acara tersebut!

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: CF 2022Comic Fiesta 2022
Previous Post

Bagaimana untuk menjadi Vtuber? Sesi Q&A bersama PapaHolo, xFate & Azman Zulkiply!

Next Post

PlayStation Kembali Dengan Holiday Sale! Dapatkan Barangan dan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!
Movie Review

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!
Review

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!
Temuramah

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!

March 25, 2023
Next Post
PlayStation Kembali Dengan Holiday Sale! Dapatkan Barangan dan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

PlayStation Kembali Dengan Holiday Sale! Dapatkan Barangan dan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

by Razin Syafiq
March 23, 2023
0

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi...

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

by Maira
March 23, 2023
0

Pertarungan antara Hero dan Villain masih belum tamat dengan All For One sedang melengkapkan badannya dengan Shigaraki. Orang ramai pula...

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Banyak betul pengumuman anime baharu untuk bulan ini. Belum masuk lagi pengumuman semasa acara Anime Japan 2023 pada hujung minggu...

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In