Jika bulan lalu kami ada kongsikan earbud Razer Hammerhead True Wireless X, kali ini kami sekali lagi hadir dengan produk yang merupakan abang kepada siri sebelum ini iaitu Razer Hammerhead True Wireless versi tahun 2021. Sejujurnya tidak banyak berbeza jika dipandang dengan sekilas mata, tetapi perbezaannya adalah ciri-ciri spesifikasi yang membuatkannya berbeza. Jadi tanpa lengahkan masa, ini adalah ulasan review Razer Hammerhead True Wireless 2021!
Reka Bentuk simple dan cantik
Datang di dalam kotak kecil yang senang di bawa. Di dalam kotak sudah semestinya tersedia earbud Razer Hammerhead True Wireless 2021 ini. Bersamanya adalah sarung pengecas, kabel pengecas, sarung silikon earbud dan juga pelekat Razer.
Melihat earbud yang kecil ini, ianya berwarna hitam berkilat. Walaupun nampak biasa, tetapi fungsi lampu latar LED hijau Razer menjadikannya lebih menarik dipandang. Satu pekara yang saya suka pada earbud ini, ia terletak selesa di telinga saya yang kecil. Memang tidak mudah jatuh sampai saya mendengar muzik sambil headbang pun masih melekat di telinga.
Earbud atau earphone sering kali membuat telinga saya senang terasa sakit dan cepat pening kepala jika tidak kena yang sesuai. Nasiblah Razer Hammerhead True Wireless ini sangat selesa dipakai walaupun dalam jangka masa yang panjang. Tiada sebarang sakit tulang telinga, atau terasa panas selepas berjam-jam kegunaan. Jadi sememangnya saya tidak terlalu risau untuk memakainya di mana sahaja termasuk ketika berjogging atau berjalan-jalan sambil mendengar lagu, menjawab panggilan masuk atau bermain game.
Dengan fungsi Bluetooth 5.2 dan auto pairing, ini menjadikan earbud sangat mudah digunakan. Keluarkan dari casing dan pakai secara automatik akan memainkan muzik / video semasa anda meletakkan di telinga anda, sangat mudah.
Selesa untuk kegunaan seharian
Siapa tidak tahu Razer kan? Razer memang popular mengeluarkan produk untuk gaming. Sama juga untuk earbud ini, dengan Mod Gaming latensi rendah 60ms, anda dapat memperoleh pengalaman bermain yang baik, terutama untuk permainan Battle Royale seperti PUBG Mobile dan COD Mobile. Semuanya kedengaran sangat jelas, dari tapak kaki musuh, bunyi tembakan yang berdekatan atau pun rakan anda yang sedang menjerit ” weh cepatlah heal aku!”. Tetapi, kekurangan earbud untuk menjadi delay dalam pendengaran juga terjadi pada Razer Hammerhead True Wireless ini. Nasib baiklah delay atau ketinggalan bunyi itu tidak terlalu lama, boleh terasa dalam 10-20saat ketinggalan dari bunyi asal permainan. Jadi itu sahaja lah yang perlu saya berhati-hati sikit ketika bermain game Battle Royale ni, baru dengar tapak, rupanya musuh dah dekat.
Tetapi anda tetap dapat menyesuaikan diri dengan penundaan ini dengan cepat dan merasa tidak jauh berbeza daripada menggunakan headset biasa. Satu lagi pekara saya nak ingatkan, tolong rendahkan siap-siap volume audio tu, kalau tidak, jika anda bermain permainan menembak, jangan tanya kenapa melatah sampai tercampak telefon tu sebab tembakan musuh berdekatan. Boleh pekak telinga beb! Satu lagi pekara yang menarik, anda boleh mengaktifkan “Gaming Mode” bila-bila masa sahaja ketika dalam permainan dengan tap 3 kali di earbud ini. Ini akan mengaktifkan latensi rendah 60ms sehingga anda dapat memperoleh pengalaman bermain yang lebih besar.
Itu dari segi gaming, dari segi kegunaan seharian pula, anda boleh menikmati muzik , menonton video dan Netflix dengan kualiti suara yang hebat dari earbud ini. Earbud ini mempunyai fungsi ANC (pembatalan bunyi ambien). ANC benar-benar baik. Saya menghidupkannya, dan saya tidak dapat mendengar bunyi kipas, bunyi aircond atau kipas komputer riba saya. Ketika anda pergi berjoging, angin bertiup kuat pun anda tidak dapat mendengar. Satu-satunya bunyi ambien yang tidak dibatalkan adalah hujan lebat. Saya masih dapat mendengar air memercik di luar. Tetapi selain daripada itu, ia sangat berkesan.
Earbud ini juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan dan melakukan panggilan video dengan mudah. Saya mengujinya dengan meninggalkan meja kerja saya semasa membuat panggilan video, dan menerima isyarat yang jelas untuk mendengar dan bercakap dengan rakan-rakan. Tetapi hanya sejauh 10 meter, lebih dari 12-14 meter, ia akan mula tersekat-sekat.
Saya suka mendengar ASMR ketika bersantai baring atas katil dan ianya kedengaran bagus, tetapi kadang-kadang, jika saya menghadap kepalanya ke sisi di atas bantal saya (earbud mudah terpicit di antara kepala dan bantal saya), suaranya akan menjadi ketinggalan secara tiba-tiba rupanya sebab terpadam. Oleh itu, jika anda berbaring di atas katil sambil mendengar muzik, kepala anda perlu menghadap ke atas atau tidak, suaranya tidak sesuai kedengaran.
Bateri agak tahan lama!
Dengan earbud yang diisi penuh dan cas pengecasan, ia boleh bertahan maksimum 32.5 jam dengan lampu LED dimatikan dan ANC mati. 6.5 jam pada earbud sahaja dan tambahan 4 cas penuh dengan casing (dalam 26 jam). Sekiranya anda tetap menyalakan dan menyalakan ANC, earbud boleh bertahan hingga 20 jam, 4 jam pada earbud sahaja dan 16 jam dari cas penuh casing
Jangan lupa muat turun aplikasi Razer Audio!
Pengguna boleh memuat turun aplikasi Razer Audio di Android dan iOS bagi membuat penetapan bunyi pada earbud. Dengan aplikasi ini, anda boleh memilih kesan bunyi Equalizer yang telah disediakan atau membuat penyesuaian mengikut citarasa bunyi yang diingini. Antara penyelarasan bunyi Equalizer yang boleh anda pilih untuk earbud adalah:
- Custom : Menyelaraskan bunyi mengikut citarasa pemakai
- Amplified : Memberikan tambahan bunyi pada audio
- Default : Bunyi biasa
- Enhanced Bass : Memberikan tambahan bunyi pada bass
- Enhanced Clarity : Menjadikan audio lebih jelas
- Vocal : Audio vokal lebih jelas berbanding instrumen
Tambahan pula, Anda juga boleh remapping setiap fungsi ketukan atau gerak isyarat untuk earbud ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan menggunakan Razer Audio. Dengan fungsi ini, pengguna tidak perlu mengeluarkan peranti mereka untuk menukar lagu atau menekan butang pause dan stop di video, kerana anda hanya perlu mengetuk lembut earbud untuk membuat penukaran. Malah, mengangkat panggilan telefon menjadi lebih mudah dengan hanya sekali ketukan pada earbud.
[wpdatatable id=9]Kesimpulanya
Razer Hammerhead True Wireless 2021 adalah peningkatan yang jauh lebih baik berbanding versi 2019. Ciri ANC sangat bagus dan sebagai seseorang yang suka mendengarkan ASMR, ia sangat sesuai. Ia sangat selesa, sehingga saya tidak dapat tidur dengan tidak sengaja.
Saya tidak dapat membezakan perbezaan antara Mod Gaming dan Mod Normal. Tetapi sebaliknya, kualiti audio masih hebat, sama ada bermain permainan atau mendengar lagu. Sokongan dari aplikasi Razer Audio sangat membantu. Mampu menyesuaikan warna RGB dan memetakan semula tetapannya menjadikan earbud Razer menonjol daripada jenama lain dan dari siri awal 2019.
Akhir sekali, earbud ini mampu memberikan pengalaman audio yang pelbagai untuk pemakai dengan fungsi dari aplikasi Razer Audio. Dengan bantuan aplikasi ini juga, aktiviti dan kerja anda akan jadi lebih mudah tanpa perlu menatap skrin telefon, kerana semuanya boleh dikawal dengan mengetuk earbud dengan lembut sahaja.
Jadi, bagi pemain game mobile yang inginkan alat pendengaran yang mantap dan bergaya serta mempunyai fungsi pelbagai, anda boleh dapatkan produk ini dengan harga RM659 di pengedar sah atau membelinya terus di laman web Razer. Untuk membaca review kami berkaitan produk Razer yang lain, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post