Tahun Baru hampir tiba dan untuk meraikannya, Kingston Technology hari ini mengumumkan tambah terbaharu kepada keluarga Mini Collection di Malaysia, iaitu 2023 Mini Rabbit USB Flash Drive.

Seperti yang anda dapat lihat daripada gambar, USB Drive edisi terhad ini menampilkan arnab comel sedang mengunyah lobak merah, di dalam botol jus lobak merah.
Daripada segi fungsi reka bentuk, Mini Rabbit USB Flash Drive sebenarnya direka dengan casing getah licin yang melindungi pemacu dan semua datanya manakala ekornya pula boleh disambungkan untuk menjadi keychain, supaya kita dapat membawa Mini Rabbit ke mana sahaja tanpa perlu risau hilang.

USB Mini Rabbit dilengkapi dengan kapasiti 64GB dan menyokong prestasi USB 3.2 Gen 1 yang serasi dengan USB 2.0. Ia juga berjalan 10 kali lebih pantas daripada USB 2.0, untuk memenuhi semua keperluan harian seperti storan digital, sekolah, kerja dan semasa dalam perjalanan.
“Musim cuti ialah masa untuk orang mencipta, merekod dan mengekalkan memori istimewa. Di Kingston, kami sentiasa mahu membantu pelanggan menghidupkan semula detik-detik penting mereka dengan produk berkualiti kami.”
“Kami berharap Mini Rabbit USB dapat membawa tuah, kegembiraan dan cahaya kepada semua orang pada tahun 2023 kerana Kingston Bersama Anda, setiap langkah.”
kata Kevin Wu, Naib Presiden Jualan/Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan rantau APAC, Kingston.

Mini Rabbit USB Drive edisi terhad ini boleh didapati melalui kedai runcit dan kedai digital Kingston sejak semalam 8 Disember 2022, pada harga MSRP RM99 dengan peket merah Kingston sebagai hadiah percuma (waranti selama 5 tahun).
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang memenangi tiket penerbangan percuma ke Bangkok dengan sebarang pembelian produk Kingston atau Kingston FURY. Jadi, jangan tunggu lagi!
Spesifikasi:
- Kapasiti: 64GB
- Kelajuan: USB 3.2 Gen 1; read 200MB/s Baca, write 20MB/s
- Dimensi: 42.6 x 25.01 x 35.42 (mm)
- Serasi dengan Windows 11, 10, Mac OS (v.10.12.6 +), Linux (v. 2.6.x +), Chrome OS
Sila layari laman web rasmi untuk info lanjut.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Kingston, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post