Hari ini, Kingston Technology telah mengumumkan SSD external baru XS1000 untuk pasaran Malaysia. Direka sebagai storan padat di bawah 29 gram, ia sepatutnya menjadi solusi mudah alih bersaiz poket yang dapat memudahkan pengalaman pengguna dengan harga bermula RM343.00. Berikut adalah butiran lengkap:
Kingston XS1000 menawarkan kelajuan membaca sehingga 1,050MB/s 1 dan kapasiti besar sehingga 2TB untuk menyediakan ruang cukup bagi menyimpan banyak foto, video dan fail. SSD ini dilengkapi dengan kabel USB-C 3 ke USB-A dan memiliki ‘backwards compatibility’ untuk memastikan sambungan lancar dengan peranti lama.
Semua SSD telah melalui ujian ketat oleh Kingston untuk memastikan ia berfungsi dengan tahap kualiti, kebolehpercayaan dan kefungsian tertinggi. Kecil seperti kunci kereta, XS1000 berfungsi sebagai teman yang boleh dipercayai untuk backup fail, demi menjamin akses berterusan kepada dokumen penting, kenangan yang dihargai dan fail media.
XS1000 tersedia dalam kapasiti 1TB dan 2TB dan disokong oleh waranti lima tahun terhad dengan sokongan teknikal percuma. Bermula dari sekarang hingga 15 Oktober 2023, pelanggan akan menerima lanyard telefon Kingston edisi terhad secara percuma dengan setiap pembelian SSD external XS1000. Pelanggan juga akan mendapat peluang untuk memenangi Dyson Purifier Cool dan GoPro HERO 11 dengan mana-mana pembelian Kingston atau Kingston FURY.
Berikut adalah spesifikasi penuh:
- Interface: USB 3.2 Gen 2
- Kelajuan: Read hingga 1,050MB/s, write hingga 1,000MB/s
- NAND: 3D
- Kapasiti : 1TB, 2TB
- Dimensi: 69.54 x 32.58 x 13.5mm
- Berat: 28.7g
- Bahan: Logam + Plastik
- Waranti/Sokongan: Waranti 5 tahun dengan sokongan teknikal percuma
- Serasi dengan: Windows® 11, 10, macOS® (v.10.15.x +), Linux (v. 4.4.x +), Chrome OS™, Android™, iOS/iPadOS® (v.13+)
SSD XS1000 dijual pada harga RMRM343.00 – RM598.00. Jika berminat, anda boleh tekan pautan ini untuk maklumat lanjut.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Kingston, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post