King of Fighters XV akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2022, tetapi anda boleh mencuba game ini dahulu apabila sesi ujian beta terbuka bermula 20 November 2021!
Malangnya. ramai orang perlu bersabar kerana ujian beta hanya disediakan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4. Bagi tempoh waktu khusus, ujian akan berjalan dari 20 November pada 11 AM hingga 22 November pada 22:59. Cross-gen play juga diwujudkan di mana anda dapat memuat turun KOF XV versi ujian beta di PlayStation Store.
Memandangkan ini adalah beta teknikal, tidak semua watak, arena dan ciri-ciri gameplay boleh dimainkan. Untuk bermain secara online, anda boleh memasuki Casual Match untuk berlawan dengan pemain rawak, atau Room Match untuk melawan rakan sendiri. Dalam mod single-player, anda dapat menyertai Versus atau mengambil bahagian dalam Training selepas melakukan tutorial. Watak yang boleh dimainkan termasuk Dolores, Shun’ei, Kyo Kusanagi, Iori Yagami, Chizuru Kagura, Yashiro Nanakase, Shermie dan Chris.
Fokus utama SNK kali ini adalah untuk melihat bagaimana net code dalam KOF XV berfungsi apabila mengendalikan trafik yang tinggi dan telah menunjukkan cara-cara untuk menentukan ping semasa bermain. Dalam skrin pre-match, anda dapat melihat “level” di sebelah nama. Level 5 bermaksud ping antara 0-19 ms, manakala Level 1 adalah ping yang melebihi 90 ms. Kita juga dapat melihat jumlah rollback frame di bahagian atas skrin semasa perlawanan, yang akan memberitahu kestabilan internet anda.
Daripada mengisi survey, SNK mahu pemain memberi maklum balas dalam bentuk tweet menggunakan hashtag #kofxvobt atau #kof15obt. Sila sertakan “level” internet anda dan penerangan tentang sebarang isu yang dihadapi. Satu perkara akhir untuk ingatkan awak semu adalah save data tidak boleh dipindahkan apabila game rasmi dilancarkan.
Menurut SNK, mereka mungkin akan mengadakan lebih banyak ujian beta sebelum pelancaran game pada 17 Februari. Buat sesiapa yang menanti, giliran anda mungkin akan tiba tidak lama lagi.
The King of Fighters XV kini akan dilancarkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan PC pada 17 Februari 2022 manaka versi Ujian Beta akan bermula pada 20 November. Pra-pesanan kini tersedia untuk pra-pesan.
@gamersantaimy
Discussion about this post