Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

King Gnu Umum Asia Tour 2024 “THE GREATEST UNKNOWN”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2023
in Artikel, Berita, Muzik
0 0
0
King Gnu Umum Asia Tour 2024 “THE GREATEST UNKNOWN”
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kugiran Rock popular Jepun King Gnu telah mengumumkan konsert jelajah Asia pertama mereka – Asia Tour 2024 “THE GREATEST UNKNOWN” yang bakal berlangsung sepanjang bulan April di empat negara Asia. Malangnya, Malaysia tidak termasuk dalam jelajah Asia mereka.

Kredit: King Gnu

Berikut adalah butiran:

  • 6 April, Taipei
    • Lokasi: Taipei Music Center
  • 10 April, Singapura
    • Lokasi: The Star Theatre
  • 14 April, Shanghai
    • Lokasi: 靜安体育中心/ Jing’an Sports Center
  • 20 April, Seoul
    • Lokasi: Olympic Hall

Maklumat tiket belum diumumkan tetapi akan dimaklumkan dalam masa terdekat bagi peminat.

Kredit: King Gnu

Seperti saya kata tadi, King Gnu adalah kugiran Rock Jepun yang terdiri daripada Daiki Tsuneta (vokalis dan gitaris), Satoru Iguchi (vokalis dan keyboard), Kazuki Arai (bassist) dan Yu Seki (drummer).

Kugiran itu menceburi bidang muzik utama pada Jan 2019 dengan album “Sympa”, diikuti dengan hit terkenal “Hakujitsu” pada Februari 2020, yang menyaksikan album “CEREMONY” menduduki posisi tertinggi carta Jepun. “Ichizu/Sakayume”, lagu opening/ending untuk Jujutsu Kaisen the Movie turut menjadi lagu #1 dalam carta single. Bermula situ, mereka menjadi salah satu band terkemuka di Jepun.

Album baharu King Gnu, “THE GREATEST UNKNOWN” dikeluarkan pada 29 November 2023, dan mendapat posisi no. 1 pada Billboard JAPAN Ranking dan Oricon Weekly Chart di Jepun, serta memenangi 36 anugerah di Digital Album Chart. Di luar Jepun, “THE GREATEST UNKNOWN” menduduki tempat no. 1 dalam “Billboard Global Japan Songs Excl. Japan” (carta lagu Jepun yang telah menjadi hit di seluruh dunia).

“SPECIALZ” (lagu opening untuk Jujutsu Kaisen Shibuya Incident Arc) yang disertakan dalam album ” THE GREATEST UNKNOWN “, juga mendahului carta A.S., Brazil, U.K., Perancis dan Afrika Selatan.

Sebelum Asia Tour, King Gnu akan memulakan jelajah konsert 5 stadium di Jepun pada 13 Januari 2024. Selepas membuat pengumuman tentang jelajah konsert, kira-kira 380,000 tiket telah habis dijual sepenuhnya. King Gnu kini memegang rekod sebagai kumpulan muzik Jepun terpantas untuk menjual semua tiket konsert – yang membuktikan mereka dalah kumpulan rock nombor satu di negara itu.


Dapatkan segala berita kami tentang game, anime dan teknologi di SINI!

Tags: King GnuKing Gnu Asia Tour 2024konsert
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Tiba Di Malaysia Pada Harga Mula RM4999- Laptop Intel Core Ultra Pertama Kuasa AI!

Next Post

Metaphor: ReFantazio: Kenali Latar Belakang Dunia, Cerita & Watak-watak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Metaphor: ReFantazio: Kenali Latar Belakang Dunia, Cerita & Watak-watak!

Metaphor: ReFantazio: Kenali Latar Belakang Dunia, Cerita & Watak-watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd