ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan kemunculan ROG Zephyrus Duo 15, yang mengintegrasikan dua paparan dalam bentuk ultraslim untuk membawa dimensi baru kepada versaliti gaming laptop premium, tanpa mengorbankan sebarang prestasi berkuasa tinggi.
Susunan multi-monitor ini membolehkan gamers, dan pencipta kandungan untuk bekerja dengan lebih berkesan di desktop mereka. Zephyrus Duo 15 menggunakan reka bentuk Active Aerodynamic System (AAS) Plus yang menjadikan skrin sentuh ROG ScreenPad Plus sebahagian daripada sistem penyejukan. Ketika sistem AAS Plus mengangkat komputer riba, paparan kedua juga terangkat sekali untuk pengalaman menonton yang selesa, sambil membuka ruang besar untuk aliran udara yang mendalam. Reka bentuk penyejukan ini memberikan Zephyrus Duo 15 ruang yang cukup untuk meletakkan pemproses utama yang kuat.
ROG ScreenPad Plus memberi pelbagai pilihan tanpa had!
Ketika laptop ini dibuka, ROG ScreenPad Plus berdiri pada sudut 13° untuk tontonan yang selesa dan interaksi canggih antara skrin sentuh yang selesa. Panel 14.1 inci ROG Zephyrus Duo 15 adalah paparan kedua terbesar untuk pengeluaran gaming laptop. Panel IPS meluaskan sudut pandangan, dan resolusi 3840 x 1100 nya mempunyai ketumpatan piksel tinggi serta berfungsi pada refresh rate 60 Hz yang lancar.
ScreenPad Plus boleh digunakan untuk mengubah paparan utama kepada medium yang lebih immersive bagi aktiviti gaming, streaming, dan mencipta kandungan. Pengguna boleh mendapatkan pandangan yang lebih luas sambil menggunakan paparan kedua untuk melihat e-mel, media sosial dan banyak lagi.
ROG sedang bekerjasama dengan pemaju permainan seperti Techland untuk mengoptimumkan permainan AAA seperti Dying Light 2, yang memindahkan ruang “chat” ke ScreenPad Plus untuk tontonan mudah, dan menambah kawalan touchscreen untuk memilih barangan inventori dan misi. Kerjasama dengan Overwolf juga membolehkan pemain untuk memuat turun aplikasi bagi permainan seperti League of Legends, Fortnite, dan CS: GO untuk melihat statistik masa nyata, memilih “build“, dan lain-lain. Skrin sentuh juga menyokong stylus ASUS Pen.
Perisian ROG Armory Crate pula membolehkan pengguna mengesan statistik penting seperti frekuensi CPU dan GPU. Streamer pun boleh memulakan siaran langsung dengan lebih mudah dengan interface yang dioptimumkan untuk skrin kedua berkat kepada Xsplit Gamecaster.
AAS Plus menggandakan kekuatan aliran udara!
Untuk kecekapan maksimum, paparan ROG ScreenPad Plus juga berfungsi sebagai komponen penting dalam sistem penyejukan. ROG Zephyrus asal merevolusikan penyejukan dengan Active Aerodynamic System (AAS) yang membuka ruang pengaliran udara besar apabila penutupnya dibuka. Zephyrus Duo mengambil reka bentuk ini dan mengubahnya ke arah lain.
Dengan AAS Plus, paparan kedua akan menerima pengambilan udara 28.5 mm yang besar, dan membolehkan kipas untuk menarik udara sejuk dari atas komputer riba dan bukannya udara panas dari bawahnya. Pengambilan udara ini meningkatkan aliran udara sehingga 30% berbanding pelaksanaan AAS sebelum ini, dan meningkatkan prestasi serta mengurangkan beban pada sistem penyejukan dalaman. Tahap bunyi kipas pula akan dikurangkan sehingga bawah 46 dB (A) dalam mod Turbo, dan 43 dB (A) dalam mod Performance.
Pilih antara resolusi tinggi atau kelajuan pantas!
Setiap paparan menentukan bagaimana anda mengalami dunia maya. Untuk Zephyrus Duo 15, pengguna boleh memilih antara paparan permainan laju 300 Hz / 3 ms atau paparan 4K UHD resolusi tinggi.
Peminat Esports boleh mendapat kelebihan komprtitif pada 300 Hz. Kadar penyegaran ultra tinggi ini melebihi standard untuk pertandingan dan membuat setiap pertarungan pantas terasa sangat lancar. Response time 3 ms memastikan imej sentiasa tajam dan tidak kabur untuk menjejaki sasaran dengan tepat.
Bagi mereka yang memilih pengalaman resolusi tinggi, paparan 4K UHD menawarkan visual luar biasa pada butiran tertinggi. Kedua-dua paparan ini disahkan oleh PANTONE untuk menjamin ketepatan warna, malah mengesan 100% ruang warna Adobe RGB.
Kedua-dua pilihan paparan juga menggunakan teknologi NVIDIA G-SYNC untuk membolehkan pengalaman menonton yang menarik. Prestasi permainan akan berubah mengikut situasi adegan, tetapi paparan tradisional sentiasa menyegarkan imej pada skrin pada masa yang kerap. G-SYNC menyatukan refresh rate dan frame rate untuk membuang “image tearing“, menurunkan “stuttering“, dan mengurangkan kemasukan input.
Sebuh suis GPU eksklusif membolehkan pengguna bertukar-tukar antara mod G-SYNC dan Optimus bergantung sama ada mereka mahukan permainan yang lebih lancar atau hayat bateri yang lebih lama.
Kelajuan berkuasa tinggi!
Sebuah paparan hebat memerlukan GPU yang kuat untuk bersaing. NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER baru menjadikan segalanya pantas dan lancar. Terima kasih kepada penyejukan maju dan ROG Boost, GPU boleh mencapai setinggi 1330 MHz dalam mod Turbo.
Aplikasi Turing di dalam siri GeForce RTX membolehkan realisme visual yang luar biasa. Segalanya di-render pada kelajuan tinggi dengan CUDA core bagi shading, RT core untuk Real-Time Tracing, dan Tensor core untuk pemprosesan AI.
Meningkatkan produktiviti!
CPU 8-core 10th Generation Intel Core i9 mencecah kelajuan setinggi 5.3 GHz pada satu teras, dan boleh berfungsi sehingga 16 benang selari dengan teknologi Hyper-Threading untuk menangani tugas-tugas berat.
Dengan gabungan memori dalaman dan memori SO-DIMM sehingga 48 GB, Zephyrus Duo 15 bersedia untuk tanggungjawab multitasking di atas pelbagai paparan. RAM DDR4-3200 mengatasi standard 2666 MHz lama, untuk meningkatkan kelajuan dan respon sistem.
Dua SSD NVM Express PCIe x4 menyediakan storan berkelajuan tinggi yang bedar. Ini menjadikan seluruh sistem berasa lebih responsif, dengan akses cepat ke data. Dengan kapasiti 2 TB, gamers dan pencipta kandungan boleh membawa seluruh permainan video dan portfolio profesional mereka di mana sahaja mereka pergi.
Selain daripada itu, USB Type-C (USB-C) dengan Thunderbolt 3 menawarkan sambungan versatil untuk pelbagai penggunaan yang kuat. Gamers boleh menyambung ke storan untuk penyuntingan dan pemindahan multimedia laju, mempercepatkan permainan dan rendering dengan menyambung perkakasan lain, menambah paparan luar, atau menyambung ke desktop dengan kemudahan satu kabel. Dengan jalur lebar sehingga 40 Gbps, Thunderbolt 3 boleh mengimbangi pelbagai peranti lain dan memacu paparan berbeza sehingga resolusi 8K.
Penyejukan revolusi!
Untuk mengukir ruang penyejukan yang lebih besar, CPU Zephyrus Duo 15 disalut dengan sebatian logam cecair Thermal Grizzly dan bukan thermal paste biasa. Kaedah ini meningkatkan pemindahan haba antara CPU dan modul penyejukan untuk mengurangkan suhu, mengurangkan bunyi bising, dan meningkatkan prestasi.
Setiap empat heatsink dipenuhi dengan sirip nipis yang memaksimumkan kawasan permukaan untuk pelesapan haba sambil mengurangkan rintangan terhadap aliran udara. Kipas Dual n-Blade mengedarkan udara dengan bilah nipis yang diperbuat daripada polimer kristal yang cukup kuat untuk menahan kelajuan putaran tinggi. Bilah yang lebih nipis meningkatkan aliran udara sehingga 17% berbanding dengan reka bentuk tradisional.
Keperluan penyejukan berubah mengikut tugas, jadi Zephyrus Duo 15 mempunyai pelbagai mod yang disesuaikan untuk keperluan yang berbeza. Mod Silent mengorbankan kelajuan dan amat sesuai untuk tugas harian. Mod Performance menawarkan daya kuasa yang diperlukan untuk frame rate yang tinggi tanpa bunyi bising yang terlalu banyak. Mod Turbo meningkatkan CPU sehingga kuasa penuh dan boleh mencapai kelajuan yang lebih tinggi dengan bunyi kipas yang lebih kuat.
Pengguna boleh menukar antara mod operasi dengan shortcut pada papan kekunci atau secara automatik dengan Scenario Profiles. Tersedia di utiliti ROG Armory Crate, Scenario Profiles membolehkan pengguna menghubungkan permainan dan program individu ke mod operasi tertentu, kesan pencahayaan, dan tetapan lain.
Ketepatan, keselesaan, dan ketahanan adalah penting!
Haba daripada komponen dalaman kadang-kadang boleh membuat papan kekunci tidak selesa digunakan, terutamanya semasa sesi permainan panjang atau semasa beban kerja yang berat. Untuk menjauhkan diri dari bahagian mesin yang paling panas dan memberikan lebih banyak ruang untuk ScreenPad Plus, papan kekunci akan beralih ke hadapan. Reka bentuk ini membolehkan pergelangan tangan duduk di atas meja, dan terdapat palm rest (boleh dicabut dan dipasangkan) untuk memberi keselesaan kepada pengguna.
Sejumlah peningkatan pada papan kekunci menaik taraf kawasan input di bawah skrin sentuh. Hotkey khusus dicipta untuk “mute” volume atau mikrofon. Teknologi ROG Overstroke memberi pengalaman yang lebih responsif, dan input kekunci bertambah baik berkat kepada peralihan n-key yang menghantar maklumat dengan cepat dan tepat. Sebuah keypad nombor pun akan menyala di sisi kanan touchsreen.
RGB di setiap kekunci juga sangat baik untuk menyerlahkan arahan kritikal dan shortcut bagi menjimatkan masa. Selain itu, ia juga menyokong Aura Sync.
Kekal aktif di mana-mana sahaja dengan kuasa mudah alih!
Kini, ia lebih mudah untuk kekal produktif di mana-mana sahaja dengan bateri berkapasiti tinggi 90 Wh Zephyrus Duo. Komputer riba ini juga boleh mengecas melalui USB Power Delivery, jadi pengguna boleh mengurus kerja ringan dengan adaptor 65 W USB-C. Sekiranya bateri rendah dan tidak ada soket percuma, pengguna boleh mengecas dengan USB lain yang serasi.
Pilihan sambungan yang luas untuk gaming on-the-go!
Kesambungan yang komprehensif membolehkan komputer riba ini menjalankan tugas untuk apa-apa keadaan. Port USB 3.2 Gen 2 dengan Thunderbolt 3 menyokong Power Delivery dan DisplayPort 1.4, serta boleh digunakan untuk menyambung monitor desktop G-SYNC. Terdapat juga output HDMI 2.0b yang mampu menyampaikan isyarat 60 Hz untuk monitor 4K UHD dan TV. Tiga jenis USB port A menampung peralatan tambahan, termasuk tetikus, gamepad, dan alatan VR.
Rangkaian wayarles adalah penting untuk produktiviti setiap hari, jadi Zephyrus Duo 15 mempunyai WiFi 6 (802.11ax). Apabila dipasangkan dengan router yang serasi, WiFi 6 meningkatkan jalur lebar sehingga 2.4Gbps, dan meningkatkan kecekapan untuk rangkaian yang sibuk. Ia juga mengurangkan “lag” untuk aktiviti seperti permainan atas talian, dan meningkatkan kapasiti memuat naik siaran langsung. Jek Gigabit Ethernet juga disediakan di bahagian belakang untuk menawarkan latency terendah bagi perlawanan multiplayer yang serius.
Dua jek audio memudahkan lagi sambungan mikrofon dan headset, manakala ESS Saber DAC menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk gamers dengan headset mewah. Hi-fi DAC pula mengurangkan bunyi dan gangguan untuk membolehkan pengguna mendengar audio lebih jelas dengan dinamik yang lebih luas. Digabungkan dengan 7.1-channel surround sound, bunyi dan ruang dalam permainan adalah semakin mendalam dan imersif.
Untuk maklumat lanjut tentang ASUS ROG Zephyrus Duo 15, sila layari halaman Facebook atau Twitter rasmi mereka.
SPESIFIKASI | |
Processor | Intel 10th Gen Comet Lake i9-10980HK
Intel 10th Gen Comet Lake i7-10875H |
Graphics | NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER, 8 GB GDDR6 VRAM
NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER, 8 GB GDDR6 VRAM |
Operating system | Windows 10 Home
Windows 10 Pro |
Display | Main Screen: 15.6” PANTONE Validated, supports Microsoft Hybrid Graphics / G-SYNC switching – 4K UHD IPS 60 Hz Adobe 100%, non-touchscreen – FHD IPS 300 Hz sRGB 100% 3 ms, non-touchscreen ScreenPad Plus: 14.09” – UHD (3840 x 1100) IPS 60 Hz NTSC 72%, touchscreen |
Memory | 16 GB DDR4 3200 MHz onboard, plus 1 x SODIMM slot up to 32 GB (menyokong sehingga 48 GB) |
Storage | 2 x M.2 SSD slot (NVMe® PCIe®), PCIe® 3.0 x4 512 GB / 1 TB, supports RAID 0 |
Keyboard | Backlit chiclet keyboard, supports n-key, per-key with 1.4 mm key travel |
Audio | 2 x speakers, ESS + Hi-Res Audio (HRA) certification, supports smart amplifier, Nahimic Sonic Studio + ISST
Microsoft Cortana (far-field mic array) |
Wi-Fi / Bluetooth | 2×2 multi-antenna WiFi 6 (802.11ax)
Bluetooth® 5.0 |
I/O Ports | 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, DisplayPort 1.4, TBT, PD input 20 V/3A;output 5 V/3A 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A (kanan) 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A (bawah) 1 x HDMI (HDMI 2.0b support) 2 x audio jack: mic-in & headphone, plus mic-in 1 x RJ45 LAN |
Battery | 90 Wh |
Power Supply | 240 W power adaptor
Supports USB-C™ Power Delivery 3.0 up to 65 W |
Size | 36 x 26.8 x 2.1 cm |
Weight | 2.4 kg |
@gamersantaimy
Discussion about this post