Pada tahun lepas, Riot Games telah mengumumkan bahawa Valorant akan dikeluarkan di mobile. Kini, terdapat pendedahan tentang gameplay Valorant Mobile buat kali pertama oleh pengguna Twitter @DannyINTEL.
Dalam video gameplay tersebut, kita dapat lihat yang HUD dalam game ini sangat penuh di bahagian kanan dengan “button” setiap kebolehan dan banyak lagi. Melalui video itu, kita juga ditunjukkan cara nak mengawal agen tersebut dengan menggunakan “joystick” di sebelah kiri. Gameplay yang ditunjukkan adalah sangat “smooth” dengan menampilkan grafik yang seakan sama dengan versi PC.
Ada sedikit penambahan warna kuning pada “buy button” supaya pemain tidak terlupa untuk membeli senjata dan juga kebolehan. Korang boleh tengok gameplay dibawah.
Selain itu, terdapat juga pendedahan untuk “loading screen, agent selection screen” dan “customisation button” dalam game. Seperti yang kita lihat, hanya 7 agen sahaja yang boleh dimainkan buat masa sekarang. Agen-agen itu adalah, Jett, Pheonix, Reyna, Breach, Skye, Sova dan Killjoy.

Semasa di ” agent selection screen”, kita ditunjukkan yang UI-nya hampir sama dengan versi PC dan ditambah gambar peta di hujung atas kiri. Ada sedikit penambahan yang membuatkan ianya lain daripada versi PC adalah loading screen selepas pemilihan agen. Perkara yang ditambah adalah peratus yang menunjukkan semua pemain telah “connect” dengan server untuk masuk ke dalam perlawanan.

Game ini menyediakan pengubahsuaian HUD, di mana pemain boleh mengubah susunan kebolehan agen, peta, butang untuk tembak dan banyak lagi mengikut kesesuaian pemain. Perkara ini tidak boleh terlepas pandang kerana hampir setiap game FPS di mobile akan mempunyai ciri-ciri ini dan membolehkan pemain menggunakan sepenuhnya kebolehan mereka. Korang boleh tengok secara terperinci dibawah.
Buat masa sekarang, Riot Games masih tidak umumkan apa-apa berita tentang Valorant Mobile ini. Tetapi kita dapat lihat yang game ini sedang menjalankan ujian di China. Jadi, apa pendapat korang tentang gameplay dan HUD yang ditunjukkan untuk Valorant Mobile ini? Kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Valorant, sila klik pautan ini.
Sumber: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post