Sejak kebelakangan ini, francais Silent Hill telah menjadi topik yang besar dalam industri gaming. Ini berasal dari beberapa khabar angin tentang projek rahsia Silent Hill yang dikatakan “sedang dalam pembangunan“.
Khabar angin terbaru berpunca dari orang-orang dari Bloober Team (Observer, The Medium). Dalam sebuah wawancara dengan GamesIndustry.biz, Bloober Team memberitahu bahawa mereka sedang mengusahakan permainan baru berdasarkan francais permainan seram popular dengan penerbit yang “terkenal“. Ini membuatkan orang tertanya kerana komposer Silent Hill, Akira Yamaoka baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka sedang menghasilkan permainan baru dengan Bloober Team.
Ini hanyalah khabar angin terbaru tentang Silent Hill. Sebelum ini, seorang leaker bernama Aesthetic Gamer (AKA Dust Golem), mendakwa bahawa Sony mempunyai pasukan dalaman sendiri untuk projek rahsia Silent Hill. Pasukan yang dimaksudkan juga termasuk pemaju Gravity Rush. Malangnya, khabar angin ini kurang dipercayai setelah pengarah Gravity Rush, Keiichiro Toyama, meninggalkan Sony untuk membentuk studio sendiri.
Itu bukan satu-satunya khabar angin yang dikongsi oleh Aesthetic Gamer. Dia juga melaporkan bahawa Konami bekerjasama dengan Kojima Productions untuk membuat Silent Hills. Tetapi seperti khabar angin lain, tidak ada berita yang disahkan secara rasmi oleh Konami.
Pada masa yang sama, Silent Hill mungkin bukanlah satu-satunya francais yang Konami ingin berkembang. Menurut VideoGamesChronicle, mereka memberitahu bahawa hak Castlevania dan Metal Gear Solid juga diberi kepada pemaju-pemaju lain. Jika benar, ini boleh menjadi zaman kegemilangan untuk francais-francais Konami, walaupun ia tidak dikembangkan oleh Konami sendiri.
Buat masa ini, masih belum ada game Silent Hill yang diumumkan secara rasmi. Untuk segala liputan kami tentang Silent Hill, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post