Walaupun Warner Bros. tidak mengesahkan kewujudannya, nampaknya game open-world Harry Potter memang betul sedang dihasilkan. Pelbagai laporan dan khabar angin tertular di atas talian selama beberapa tahun, tetapi Warner Bros. Interactive Entertainment memang gigih menyimpan rahsia. Nasib baik, beberapa orang yang bekerja dalam projek ini telah membuka cerita.
Disahkan oleh Bloomberg, mereka mengeluarkan sebuah artikel mengenai game ini yang merangkumi temuramah bersama pekerja (tidak ingin dinamakan) yang mengesahkan kewujudan projek dan memberikan beberapa maklumat baru.
Pertama sekali, ia merupakan permainan RPG, di mana pemain akan menjadi ahli sihir di Hogwarts. Game Harry Potter ini dibangunkan oleh studio Avalanche Software milik WB, yang terletak di Salt Lake City, Utah. Pekerja rahsia itu mendakwa bahawa permainan akan dilancarkan pada hujung tahun depan di PlayStation 5 dan Xbox Series X dan mengesahkan bahawa kebocoran rakaman dari tahun 2018 memang benar, tetapi khabar angin yang datang sejak itu palsu. Versi permainan dalam kebocoran rakaman adalah semasa pembangunan awal, jadi permainan telah berubah sejak itu.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa Warner Bros. sebenarnya ingin mengumumkan game Harry Potter tersebut di E3 pada tahun ini, tetapi kerana acara dibatalkan kerana wabak COVID-19, Warner Bros. memilih untuk menunggu.
Apa pendapat anda? Teruja tak nak tengok game Harry Potter AAA ini? Mari berkongsi di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post