Selain DOTA: Dragon’s Blood yang keluar pada awal tahun ini, Netflix juga sedang sibuk menghasilkan Resident Evil: Infinite Darkness dan League of Legends’ Arcane yang sepatutnya keluar pada hujung tahun 2021. Kini ada laporan mengatakan bahawa mereka juga sibuk menghasilkan anime Final Fantasy 7 Remake!
Perkara pertama saya nak beritahu adalah semua maklumat ini tidak disahkan, jadi janganlah percaya 100%. Menurut Ethyn di pelantar 4chan, Tetsuya Nomura (pengarah Fantasy VII Remake) kini sedang mengarahkan anime FF7 Remake yang akan membuat tayangan perdana di Netflix. Ethyn menerangkan bahawa anime FF7 Remake akan menceritakan “kisah baru yang berkait rapat dengan plot dan peristiwa permainan utama.”
Anime FF7 Remake ini juga akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan menceritakan kisah-kisah yang berlaku sebelum peristiwa FF7 Remake. Selain itu, bahagian kedua akan menceritakan peristiwa yang berlaku semasa peristiwa permainan.
Seterusnya, Ethyn melaporkan bahawa Nomura akan mengarahkan anime CGI Kingdom Hearts. Berbeza dari anime Final Fantasy 7 Remake, anime Kingdom Hearts adalah lebih pendek. Pada masa yang sama, ia juga lebih kompleks, di mana anime tersebut akan menggabungkan peristiwa dari Kingdom Hearts Union X, Birth by Sleep, dan Kingdom Hearts 3.
Seperti yang saya beritahu di atas, ini bukanlah sumber yang boleh dipercayai dan ada kemungkinan besar, semuanya salah. Jika laporan ini tidak benar, kerana terdapat banyak lagi permainan baru yang akan berlangsung dalam dunia FF7 yang sama termasuk Ever Crisis, The First Soldier, Intergrade, dan FF7 Remake Part 2.
Untuk segala liputan kami tentang Final Fantasy 7 Remake, sila tekan pautan ini.
Sumber – 4chan
@gamersantaimy
Discussion about this post