Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kesetiaan wira kami diuji!? Trailer terkini Ejen Ali: The Movie mendedahkan lebih banyak butiran!

Akan keluar di pawagam pada 28 November, 2019.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan
0 0
0
Kesetiaan wira kami diuji!? Trailer terkini Ejen Ali: The Movie mendedahkan lebih banyak butiran!
Share on FacebookShare on Twitter

Dihasilkan oleh Wau Animation, Ejen Ali: The Movie diedarkan oleh Primeworks Studios dan merupakan siri animasi pertama sebagai harta intelek untuk syarikat induknya Media Prima Berhad.

Setelah secara tidak sengaja direkrut sebagai seorang perisik, Ejen Ali yang berusia 12 tahun menerima tanggungjawabnya dalam agensi rahsia MATA (Meta Advanced Tactical Agency) sebagai barisan pertahanan baru Cyberaya. Tidak diketahui oleh Ali, MATA telah meningkatkan IRIS ke IRIS NEO dan mengujinya sebagai peralatan asas untuk semua ejen MATA.

Ali mempersoalkan posisinya dan kegunaannya untuk MATA kerana sebelum ini, hanya Ali sahaja yang boleh menggunakan IRIS. Kemudian, Ali didatangi oleh individu misteri yang mendakwa dia tahu tentang sebuah hubungan peribadi yang melibatkan Ali. Dengan merisikokan kesetiaannya kepada MATA, Ejen Ali memulakan pengembaraan untuk membongkarkan hubungan misteri ini.

Filem ini berdurasi 90 minit dan dijadualkan untuk ditayang di 120 pawagam tempatan pada 28 November 2019.

Barisan Pelakon Suara

  • Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali & Comot
  • Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia
  • Shafiq Isa sebagai Bakar
  • Azman Zulkiply sebagai General Rama
  • Fadhli Shafian sebagai Abang Bear
Tags: Ejen AliEjen Ali: The MovieIRISMATAMedia Prima BerhadPrimeworks StudiosWau Animation
Previous Post

UPDATE pada konsol Next-Gen: PlayStation 5 akan keluar pada LEWAT 2020!

Next Post

Dah bersedia dengan Ragnarok Champions’ League 2019?! Hadiah wang tunai sehingga RM14,400 bakal direbutkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dah bersedia dengan Ragnarok Champions’ League 2019?! Hadiah wang tunai sehingga RM14,400 bakal direbutkan!

Dah bersedia dengan Ragnarok Champions’ League 2019?! Hadiah wang tunai sehingga RM14,400 bakal direbutkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd