Pasaran Vtuber ataupun Virtual Youtuber semakin hari semakin meriah dengan pelbagai pencipta kandungan mula menggunakan medium avatar untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing. Antara kandungan yang selalu anda akan jumpa dalam komuniti Vtuber ialah bermain game, nyanyian, bersembang dan banyak lagi. Baru-baru ini kami boleh pula terserempak dengan Vtuber terbaru iaitu Roffi Daijoubu, seorang ustadz maya (VUstadz)! Jom kami perkenalkan Roffi secara ringkas kepada anda.
Kalau anda ingin tahu, Roffi Daijoubu merupakan Vtuber dari Indonesia dan baru sahaja debut baru-baru ini. Namanya sendiri membawa maksud yang sangat sesuai dengan personaliti yang dibawa. Avatar Roffi telah dihasilkan oleh Hans, seorang pelukis ilustrasi yang juga berasal daripada Indonesia.
Memandangkan Roffi seorang ustadz, jadi kandungannya akan berpusat kepada ceramah berkenaan Islam dan menceritakan sedikit perspektif lain mengenai agama tersebut. Selain itu, Roffi juga akan bersantai dengan penonton serta strim beberapa game. Video pertamanya juga sudah dilepaskan di saluran Youtube rasminya. Jadi boleh langgan salurannya untuk ikuti kandungan lain daripada Roffi.
Selain daripada Youtube, anda juga boleh ikuti Roffi Daijoubu melalui Twitter dan TikTok! Walaupun Roffi Vtuber Indonesia, dia juga akan menyampaikan kandungannya dalam bahasa Inggeris juga. Boleh tahan juga banyak meme yang dikongsikan olehnya. Jadi memang anda akan terhibur juga dengan pak ustadz ini. Bukan selalu boleh jumpa Vtuber unik seperti ustadz Roffi.
Untuk segala liputan lain mengenai Vtuber daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post