Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenali 5 Villain Ikonik dalam DC! Musuh Hebat Superhero DC Comics!

Maira by Maira
July 14, 2023 - Updated on July 26, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Komik
0 0
0
Kenali 5 Villain Ikonik dalam DC! Musuh Hebat Superhero DC Comics!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak kiralah Marvel atau DC, masing-masing mempunyai pelbagai watak superhero dan villain yang diminati ramai. Tetapi kali ini, kita abaikan dahulu hero dan lihat pada villain yang menjadi cabaran kepada hero-hero kita dalam DC Comics! Ini 5 villain ikonik DC yang anda perlu kenali!

Lex Luthor

Kredit: DC Comics

Luthor merupakan salah seorang villain yang banyak memberikan impak dalam sejarah Superman. Dia merupakan seorang super-villain dengan kebijaksanaan tinggi serta jutawan. Dengan kombinasi kesemua sifat tersebut, ia menjadikan Luthor musuh terhebat Superman. Ditambah dengan dendam peribadinya terhadap Superman, dia sering menghina hero tersebut. Dia juga sentiasa menjadi tokoh kontroversi di mata umum kerana urusan perniagaan rasuah LexCorp, tetapi masih mengekalkan populariti politik.

Joker

Kredit: DC Comics

Antara watak yang dikenali sebagai musuh terhebat Batman. Pembunuh bersiri berwajah badut ini sering melakukan jenayah kejam di Gotham City. Selain mempunyai kekuatan fizikal hebat, dia juga seorang yang mempunyai minda yang sudah untuk diramal. Joker hanya ingin memuaskan hidupnya dengan menunjuk kepada orang ramai bahawa hidup ini tidak bermakna melalui kesakitan dan kematian serta ingin mengubah dunia mengikut visinya tersendiri.

Darkseid

Kredit: DC Comics

Dia adalah salah satu entiti paling berkuasa dalam DCU dan hampir tidak dapat dikalahkan. Darkseid merupakan pemerintah yang menuntut pengabdian daripada pengikutnya tetapi juga memberikan ketakutan yang dahsyat kepada pengikutnya. Walaupun mempunyai kekuatan yang tiada tandingannya, Darkseid tidak gemar bertarung melainkan diprovokasi oleh sesuatu. Misinya kini untuk mencari dan mengawal Anti-Life Equation yang akan memberikannya cara untuk merampas kebebasan mereka di alam semesta.

Sinestro

Kredit: DC Comics

Sinestro atau Thaal Sinestro merupakan bekas ahli kepada Green Lantern Corps tetapi telah dibuang ke Antimatter Universe setelah mengetahui dia telah menggunakan kuasanya untuk menubuhkan pemerintahan diktator. Selepas bertarung dengan Green Lantern selama bertahun-tahun, dia akhirnya menubuh Sinestro Corps untuk menyebarkan ketakutan di seluruh alam semesta.

The Riddler

Kredit: DC Comics

Villain kita The Riddler sering melakukan jenayahnya yang berpusat pada teka-teki. Psikosis mentalnya membuktikan bahawa dia lebih bijak serta lebih baik daripada orang lain, jadi dia sering meninggalkan petunjuk dalam jenayah yang dilakukannya. Banyak kali juga dia ini ditangkap dan dipenjarakan di Arkham Asylum.


Itu sahaja yang kami bolah kongsikan kepada anda kali ini. Villain DC mana yang anda rasa ikonik? Boleh kongsikan di ruang komen! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Tags: DC ComicsDC Villain
ShareTweetSend
Previous Post

Cuba Blood Knight sekarang – kelas terbaru dalam Diablo Immortal! Info skil & gameplay

Next Post

The Sims 4: Horse Ranch Expansion Pack Bakal Dilancarkan Pada 20 Julai ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
The Sims 4: Horse Ranch Expansion Pack Bakal Dilancarkan Pada 20 Julai ini!

The Sims 4: Horse Ranch Expansion Pack Bakal Dilancarkan Pada 20 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd