Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Tempatan
0 0
0
Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa tahun ini, e-sukan atau nama popularnya esports semakin diperakui di seluruh dunia sehingga dimasukkan dalam SEA Games pada tahun 2019. Cuma ramai masih tertanya “Betul ke ini boleh masuk kategori sukan? Disebabkan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang untuk mengiktiraf e-sukan dan juga tarian singa sebagai salah satu sukan rasmi Malaysia di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Yew Weng Kean berjaya mendapatkan PINGAT EMAS PERTAMA dalam SEA Games Esports 2019!
Juara Hearthstone di SEA Games 2019

Di acara pelancaran “imej baru” Plaza Sungei Wang, Timbalan Menteri KBS Datuk Seri Ti Lian Ker berkata bahawa pihak mereka mencadangkan kepada pindaan Akta 576 agar e-sukan dan tarian singa dapat dikategorikan sebagai sukan rasmi.

Sumber – Bernama

E-sukan dan tarian singa sering dilihat sebagai aktiviti rekreasi, tetapi ia sebenarnya melibatkan seni dan disiplin sukan serta dimainkan secara kompetitif.

Kelulusan pindaan ini akan diusahakan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan akta sukan ini kita pernah pinda sebanyak dua kali sebelum ini, di mana kita telah memasukkan beberapa sukan semasa pindaan pada tahun 2000 dan 2004.

Sudah lebih 10 tahun tiada kemas kini, dan melihatkan keadaan sukan sekarang yang lebih canggih dan spesifik, pindaan adalah perlu supaya persatuan-persatuan yang ditubuhkan mencerminkan sukan-sukan yang telah diiktiraf,”.

Kita akan serah kepada PJS untuk mengkaji pendaftaran-pendaftaran yang telah dibuat oleh sukan-sukan yang wujud dan yang diuruskan oleh persatuan, tetapi tidak disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.

kata Datuk Seri Ti Lian Ker kepada seorang pemberita.
Pingat Gangsa SEA Games Esports 2019 Mobile Legends Bang Bang telah pasti milik Team Malaysia!
Wakil Malaysia untuk kategori Mobile Legends Bang Bang di SEA Games 2019

Apabila beberapa pihak media lain bertanya jika KBS mempunyai sebarang sukan lain yang dalam perancangan untuk diiktiraf sebagai sukan rasmi Malaysia, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata bahawa berita ini akan diumumkan kemudian.

Buat masa ini, sebanyak 48 sukan telah disenaraikan dalam Akta 576. Ini termasuk sukan memanah, olahraga, sukan bermotor, kecergasan, paralimpik, bola sepak, hoki, badminton, sukan tradisional, berdayung, sukan air, silat, wushu, kabbadi, bola jaring dan lumba basikal.

Memandangkan SEA Games pun mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi dan industri gaming Malaysia semakin lama semakin berkembang, rasanya ini langkah yang berpatutan bagi pendapat saya.

Sumber – Aksiz, Bernama

Tags: E-SukanEsportsKementerian belia dan sukanMalaysia
Previous Post

Golongan belia Malaysia mendapat tempat kedua di Asia dalam perbuatan buli siber!

Next Post

Tak sampai seminggu, God of War terus menakluk carta PC Steam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Tak sampai seminggu, God of War terus menakluk carta PC Steam

Tak sampai seminggu, God of War terus menakluk carta PC Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd