Pada bulan lepas, rasa macam semua orang rushing macam orang gila untuk keluarkan game Auto Chess mereka dan umumkannya di peranti mobile kami, dengan ciptaan Chess Rush oleh Tencent menjadi yang terbaru dan terkini. Hampir setiap percubaan untuk menggunakan kejayaan genre ini tidak begitu berjaya atau separuh siap, tetapi Chess Rush sebenarnya kelihatan agak kemas, lawa dan lengkap daripada segi feature.
Chess Rush berkisarkan 8 pemain yang bertarung satu sama lain pada papan 8×8, dan kemenangan hanya boleh dicapai setelah anda mengalahkan kesemua 7 pesaing lain. Perlawanan dalam Turbo Mode adalah pendek dan pantas, serta hanya bertahan 10 minit. Mode co-op membolehkan anda bekerjasama dengan pemain lain untuk berlawan pasukan dari seluruh dunia. Ia adalah pertarungan antara empat pasukan yang terdiri daripada dua pemain yang berlawan dalam pertempuran sengit dan strategik untuk diisytiharkan sebagai pasukan yang terbaik.
Terdapat lebih daripada 50 Hero yang boleh anda pilih. Memilih pasukan Hero yang terbaik adalah cabaran sebenar. Sekiranya anda ingin menjadi taktikal, menggabungkan tiga Hero yang sama akan trigger Bonus Affinity yang membolehkan mereka mengunakan item yang kuat dan meningkatkan stastistik ke medan perang.
Sangat menarik untuk melihat bagaimana Chess Rush dibandingkan bersama Dota Underlords dan pelopor Auto Chess. Saya yakin game ini pasti menarik dan baik, tetapi masih tidak pasti jika ia boleh bersaing bersama judul yang lain.
Sumber – Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post