Berita gembira untuk pemain Battlefield V, nampaknya anda semua bakal mendapat hadiah daripada DICE.
Antara penambahan terbesar dalam edisi ini adalah Pacific theater of World War II di dalam kempen single player dan Tides of War dalam mod multiplayer. Ianya adalah kemaskini percuma yang akan menambahkan misi dan map pacific theater sebagai Chapter 5, akan datang September ini.
Antara map yang dirancang oleh DICE adalah Iwo Jima. Terdapat juga elemen baru yang akan muncul dalam game ini dimana DICE cuba menangkap semula pengalaman suasana penaklukan dimana kenderaan amfibia Amerika Syarikat bertempur dengan tentera Jepun. Terdapat juga senjata baru iaitu M1 Garand.
Map lain adalah Marita, bertempat di Greece yang menampilkan aksi pertempuran di jalanan yang sempit. Map ini akan muncul pada bulan Julai sebagai kemaskini untuk Chapter 4.
Al Sundan pula adalah map daripada Afrika Utara yang memfokuskan pertempuran kenderaan udara dan darat. Kawasannya termasuk lapangan terbang dan bunker. Di sini pemain akan bertempur untuk menguasai tempat kritikal. Ianya akan tiba pada 27 Jun, hari pertama untuk Chapter 4.
https://www.youtube.com/watch?v=OBxkZ6hTYUA
@gamersantaimy
Discussion about this post