Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kekuatan Sasuke Uchiha memang tak terjangka! Jom usha Jutsu Chidori Kilat yang padu dari Sasuke!

Dari Chidori ke Kirin, kesemuanya peghhh paduu!

Nyny.A by Nyny.A
December 18, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kekuatan Sasuke Uchiha memang tak terjangka! Jom usha Jutsu Chidori Kilat yang padu dari Sasuke!
Share on FacebookShare on Twitter

Apa pula Chidori ini? Pada peminat siri Naruto, sudah tentu tahu kebanyakan jutsu Chidori dimiliki oleh teman/pesaing kuat Naruto iaitu Sasuke Uchiha! Jutsu Chidori ataupun chakra kilat yang disalurkan di sekitar tangan pengguna ini asalnya dicipta oleh Kakashi Hatake disebabkan dia gagal menambah chakra pada Rasenganya dan dia hanya menggunakanya untuk melindungi orang yang dia sayangi. Kemudianya, Kakashi mengajar Sasuke untuk menggunakan Chidori untuk menewaskan Gaara dalam ujian Chuunin.

Sejak dari kejadian tersebut, Sasuke berjaya mencipta pelbagai lagi varian Chidori untuk menewaskan musuh-musuhnya. Jadi tanpa lengahkan masa lagi, jom kita lihat Chidori yang digunakan oleh Sasuke disini!

Chidori Biasa 

Chidori memerlukan kuasa chakra yang kuat untuk dihasilkan, memberi pengunaan terhad dalam sehari, bagi Kakashi dia boleh menggunakan 4 kali, manakala Sasuke boleh menggunakan hanya dua kali sehari mengikut kekuatanya. Yang lebih menarik seperti yang diberitahu di atas tadi, Sasuke mampu menukar gaya Chidorinya seperti Chidori Nagashi, Chidori Senbon dan banyak lagi yang akan kami kongsikan dibawah ini.

Pengguna mengumpulkan chakra kilat ke tangan mereka sehingga konsentrasi tinggi elektrik dibuat dan bertembung serta menghasilkan suara seperti seribu burung yang berkicauan. Sebaik sahaja terbentuk, Chidori dihempas ke dalam badan sasaran – menusuk serta mengejungkan badan sasaran.

Chidori Nagashi

Chidori Nagashi adalah ninjutsu yang dicipta oleh Sasuke semasa dia berlatih dengan Orochimaru. Dengan melepaskan Chidori keseluruh kawasan, aliran elektrik yang megalir di seluruh badan membenarkan Sasuke menyerang beberapa musuh dalam waktu yang sama. Disebabkan Nagashi, Sasuke dapat memberi pelindungan pada dirinya sendiri ketika diserang. Chidori Nagashi mensasarkan saraf sasaran. Akibatnya, kontrak otot tidak teratur dan menjadi kaku serta menjadikan mereka tidak dapat bergerak sama sekali.

Chidori Katana

Teknik ini membenarkan Sasuke menggabungkan penggunaan chokuto (pedang Kusanagi) nya dan Chidorinya. Bila Chidori ini bergabung, chokutonya akan memancar dengan kilauan kilat. Kekuatan chokuto ini jika menikam musuh, tubuh mereka akan kejung akibat arus elektrik yang menyebabkan otot-ototnya berkontrak dan menjadikanya mustahil untuk lawan bergerak. Walaubagaimanapun, ianya dapat ditapis oleh senjata lain yang menggunakan aliran chakra kilat juga seperti pedang Killer B!

Chidori Senbon

Satu variasi Chidori yang menggunakan transformasi bentuk untuk membuat senbon (jarum besi) tajam yang sangat banyak dilepaskan pada musuh berturut-turut. Dengan meningkatkan jumlah chakra yang digunakan, jumlah senbon meningkat secara proporsional. Apabila digunakan seiring dengan Sharingan, ia menjadi jauh lebih berkesan dan dapat mematikan musuh, kerana ia membolehkan pengguna untuk menembak tepat untuk bahagian penting sasaran.

Chidori Eiso

Eiso ataupun Chidori Sharp Spear dibentukkan menjadi seperti tombak atau bilah dan memberikan serangan jauh sekurang-kurangnya 5 meter. Julat peningkatannya agak kurang risiko kepada pengguna. Ia juga mempunyai kelebihan untuk digunakan sebagai serangan mengejut dan menangkap sasaran. Apabila badan musuh ditembusi, pengguna boleh mengubah bentuk lembing menjadi beberapa bilah tambahan, meningkatkan jumlah luka kepada musuh. Jadi Chidori Eiso ini boleh menggantikan chokutonya jika tiada ketika perlawanan.

Susanoo: Chidori

Penggunaan penuh Chidori melalui jutsu Susanoo yang merupakan perubahan evolusi Sasuke. Dan dengan Susanoo, Sasuke menghasilkan Chidori yang terkuat dengan tangan kiri utamanya! Hasil dia memang peghhh!

Kirin

Tetapi, disebalik kuasa kilat yang dihasilkan Sasuke dengan pelbagai variasi Chidori, Sasuke juga mampu mengecas lawan dengan aliran kilat gergasi yang berbentuk seperti naga yang penuh dengan arus elektrik berkuasa berkelajuan tinggi – dikenali sebagai Kirin. Sasuke menarik petir semulajadi terus dari awan guntur untuk menambah kuasa seranganya dan mengawalnya dengan chakra. Kuasa jutsu ini dapat memusnahkan bukit dan Susanoo Itachi!

Jadi inilah jutsu-jutsu kilat dari Sasuke yang susah nak ada tandinganya! Semuanya hebat-hebat dan kuat! Terdapat beberapa serangan kilat dari watak lain yang hampir sama hebat tetapi tidak seperti Chidori yang dihasilkan sendiri oleh Sasuke!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animechakrachidoriKakashi HatakenarutosasukeSasuke Uchiha
Previous Post

Jawatan Kosong untuk Pengarah Kanan PlayStation’s PD Services Group Malaysia penuh tidak sampai 24 jam dibuka!!

Next Post

Lebih kuat & ganas dari asal! Sejarah disebalik X DIGIMON & X-Antibody! [BAHAGIAN 1]

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Lebih kuat & ganas dari asal! Sejarah disebalik X DIGIMON & X-Antibody! [BAHAGIAN 1]

Lebih kuat & ganas dari asal! Sejarah disebalik X DIGIMON & X-Antibody! [BAHAGIAN 1]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd