Kejayaan Dauntless menyebabkan tempoh queue yang berjam-jam antara platform!

Ini membuktikan betapa ramai pemain ingin game cross-platform.

Pelancaran game co-op RPG oleh Phoenix Labs, Dauntless telah menjadi sukses yang terlalu besar sehingga developer mengumumkan bahawa game tersebut berjaya menarik seramai 4 juta pemain dalam masa beberapa hari. Game ini telah menarik begitu banyak minat sampai Phoenix Lab pun bersusah payah untuk melayan permintaan para peminat. Menurut sumber, sebilangan pemain harus menunggu sehingga 3 jam untuk masuk di dalam game, tetapi developer sudahpun bermula untuk mencari penyelesaian bagi mengurangan tempoh queue yang terlalu lama ini.

Akaun rasmi Twitter Dauntless juga mengumumkan bahawa “perlahan tetapi pasti menambahkan kapasiti game” dan mereka akan terus berusaha pada servis mereka walaupun pada hujung minggu.

Selepas beberapa hari, menurut seorang wakil Phoenix Labs, game ini telah mencecah 5 juta pemain dan tiada lagi masalah queue lama lebih. Nampaknya para indie developer Phoenix Labs telah berjaya mengotakan janji mereka kepada peminat.

Dauntless ialah game pertama untuk dilancarkan bersama true cross-platform play untuk PS4, Xbox One, dan PC. Dengan jelas, pemain memang teringin nak hidup dalam ekosistem ini. Memang malang untuk pemain yang harus tunggu selama itu untuk bermain game ini, tetapi sambutan baik ia terima dan isu yang menyebabkannya membuktikan betapa riuhnya pemain tentang judul cross-platform ini. Jika Phoenix Labs merancang dengan betul, peristiwa ini hanya akan diingati sebagai satu masalah kecil di dalam judul agung yang menyatukan pemain daripada pelbagai sistem.

Sumber – ENGadget

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.