Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Keanu Reeves menghasilkan filem dan siri Anime ‘BRZRKR’ di Netflix

Amir Haziq by Amir Haziq
March 23, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Keanu Reeves menghasilkan filem dan siri Anime ‘BRZRKR’ di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon Hollywood terkenal, Keanu Reeves akan menjadi pelakon utama dalam BRZRKR. Siri ini akan tiba di Netflix dalam sebuah live-action dan anime yang ditulis dan dicipta Keanu Reeves sendiri bersama Matt Kindt. Projek baru ini memiliki 12 episod yang telah dikembangkan oleh Reeves selama beberapa tahun.

Bintang aksi legenda ini membuat buku komik debutnya bersama siri ini dan komik tersebut diilustrasikan oleh artis Marvel terkenal Ron Garney dan Bill Crabtree. Manakala skripnya pula dibuat Clem Robins serta reka bentuk watak oleh Rafael Grampá.

BRZRKR atau sebutannya “berserker” digambarkan sebagai kisah epik yang kejam mengenai seorang pahlawan immortal yang berjuang selama 80 ribu tahun. Watak ini diperkenalkan sebagai ‘B‘ yang dilakon dan disuara oleh Reeves, adalah separuh mortal dan separuh tuhan telah disumpah dan dipaksa untuk membuat keganasan walaupun terpaksa. Namun setelah mengembara di bumi selama berabad, B akhirnya mendapat tempat perlindungan dimana dia berkhidmat dibawah Amerika Syarikat untuk menyelesaikan masalah yang terlalu ganas dan bahaya untuk orang lain. Sebagai pertukaran, B diberikan satu-satunya matlamat yang dia mahukan iaitu kebenaran mengenai sumpahannya dan cara untuk menghapuskan sumpahan tersebut.

BRZRKR telah menjadi kejayaan besar buat BOOM! Studio sejak pelancarannya pada 3 Mac yang lalu. Terbitan perdana BRZRKR telah terjual lebih dari 615 ribu salinan, yang menjadikannya sebagai debut terlaris dalam hampir 30 tahun di studio tersebut.

Selama lebih tiga dekad di dunia lakonan, Keanu Reeves telah menjadi salah satu bintang aksi paling termahal di Hollywood. Reeves baru-baru ini telah selesai berlakon sebagai watak ikoniknya Neo di produksi Matrix 4 dan akan memulakan lakonannya di John Wick 4 bermula musim bunga ini.

Terasa wow gila dengan karya baru dari Keanu Reeves ni. Menarik bukan? Jom kongsi pendapat korang di ruang komen kami.

Sumber: Variety

Tags: BOOM! StudiosBRZRKRKeanu Reevesnetflix
Previous Post

[Review] Tanam sini, cari kawan, inilah dia STORY OF SEASONS: Pioneers of Olive Town!

Next Post

Game mobile Final Fantasy 11 dibatalkan oleh Square Enix & Nexon atas masalah kualiti!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Game mobile Final Fantasy 11 dibatalkan oleh Square Enix & Nexon atas masalah kualiti!

Game mobile Final Fantasy 11 dibatalkan oleh Square Enix & Nexon atas masalah kualiti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd