PUBG Mobile kini hadir dengan Mod ‘Darkest Night’, Survive Till Dawn 2.0, tema musim bunga dan banyak lagi. Kemas kini juga menggantikan mod Acara. Terdapat juga beberapa perubahan kepada mod Survive Till Dawn. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan bom stun untuk menghapuskan zombi atau menggunakan nitrogen cecair untuk membekukan musuh.
Tetapi selepas kemaskini terbaru PUBG Mobile baru-baru ini, ternyata banyak bug baru yang hadir dan membuatkan pemain agak kecewa dengan situasi ini. Ramai pemain telah membuat aduan kepada pihak PUBG Corp dan Tencent Games untuk memperbetulkan isu ini, nampaknya pihak PUBG Mobile telah mengambil perhatian mengenai masalah ini.
We are aware of the plane disappearing and parachuting issue. The cause is being investigated and it will be fixed as soon as possible. We are very sorry for the inconvenience caused and would like to thank you for your continued support.
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 19, 2019
Melalui tweet PUBG Mobile “kami menyedari isu pesawat yang hilang dan terus terjun tanpa payung terjun. Sebabnya masih disiasat dan ia akan ditetapkan secepat mungkin. Kami sangat menyesal atas kesulitan yang disebabkan dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. ”
Menurut beberapa pemain PUBG Mobile, ketika pada permulaan permainan kapal terbang telah lenyap sebelum memasuki peta. Disebabkan itu, ketika pemain cuba terjun dari pesawat, payung terjun turut hilang dari pemain dan menyebabkan pemain knock down atau mati disebabkan terjatuh dari kawasan yang tinggi.
— Damai itu indah (@Pribumi_Timur) April 19, 2019
— Deepanshu Sharma (@Deepanshus7) April 19, 2019
Bukan setakat bugs kapal terbang sahaja, sesetengah pemain turut mengalami masalah bugs seperti lagging di kawasan map Sanhok, pemain keluar dari dalam kenderaan walaupun sedang memandu atau didalamnya, ping internet menjadi tinggi secara mengejut, masuk permainan tidak nampak kehadiran skuad sepermainan bila lihat didalam map menunjukkan rakan-rakan jauh tetapi sebenarnya di sebelah sahaja dan sebagainya lagi.
Disebabkan situasi ini, pemain mengadu bahawa tidak perlu skin senjata, alat solek, baju atau musik baru, kami hanya perlukan permainan yang lancar dan ping tidak bermasalah.
We don’t need any music, weapons skin, cloths, eagle , we just want simple pubg with no lag nd less ping.
Thats it.-Twitter @_Bornlone
Ada juga yang menyatakan bugs tersebut hanya berlaku jika menggunakan WiFi, tetapi kitorang rasa yang guna data mobile turut menhadap situasi yang sama!
Jadi dengan harapan besar agar pihak PUBG Mobile membetulkan isu bug-bug ini secepat mungkin. Ramai pemain-pemain yang menanti kelancaran permainan seperti musim-musim yang lalu. Maka kita tunggu laporan yang akan datang dari mereka.
Sumber: First Post ; Twitter @PUBGMobile
@gamersantaimy
Discussion about this post