Adakah ia semakin berulang-ulang dan repetitf? Adakah ia masih menarik minat pengguna atau adakah pengguna sudah bosan? Ini ialah satu soalan yang penting jika kita ingin berbincang tentag tentang acara Steam Sale. Asalnya, Steam Sale menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh gamers kerana mereka boleh mendapatkan permainan video yang hebat pada harga yang murah. Kini, harga setiap permainan video adalah lebih kurang dan daya tarikan acara ini pun sudah hilang kerana gamers boleh memperolehi permainan video yang diingini dengan cara yang lebih murah tanpa menunggu sale.
Nampaknya kita tidak perlu menunggu lama untuk acara Sale seterusnya kerana event STEAM Lunar New Year Sale yang merupakan acara Tahun Baru Cina akan diadakan tidak lama lagi! Lebih tepat, ia akan bermula pada 24 Januari 2020! Ini disahkan oleh pakkar industri permainan video, Daniel Ahmad menerusi akaun Twitter-nya.
A lunar new sale is set to go live on Steam from 2am (China Standard Time) on January 24th and run through to January 28th. pic.twitter.com/CYJjljgeJh
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) January 4, 2020
Walau bagaimanapun, Lunar Sale ini tidak akan berlangsung selama Winter Sale atau Summer Sale dan hanya akan bertahan selama 4 hari. Pada masa yang sama, Lunar Sale memberi tumpuan kepada permainan yang dikeluarkan oleh developer dan penerbit dari China atau permainan video dengan tema Oriental.
Jika kamu antara yang terlepas acara Winter Sale lalu, Lunar New Year Sale adalah masa paling sesuai untuk memdapatkan permainan video pada harga yang murah. Jangan lupa untuk semal wish-list anda sekarang, dan lihat permainan jika video kegemaran kamu menerima diskaun atau tidak.
Sumber – Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post