Semalam Activision telah pun mengumumkan secara rasmi game terbaharu Call of Duty: Modern Warfare 3 bersama-sama teaser game! Ramai pemain mula risau mengenai kandungan yang telah mereka dapat dalam Modern Warfare 2 dan mula tertanya-tanya jika ia boleh dibawa masuk ke Modern Warfare 3 (MWIII).
Nampaknya ada berita baik untuk anda semua kerana Activision telah mengesahkan bahawa kandungan yang pemain kumpul dalam Call of Duty: Modern Warfare 2 boleh dibawa ke entri terbaru francais. Akan ada sistem baru yang akan membolehkan pemain memindahkan item seperti Operator, Kosmetik dan Blueprint senjata ke MWIII. Tidak kiralah item tersebut anda dapat secara percuma atau beli, ia akan boleh digunakan dalam MWIII.
Walaupun begitu terdapat beberapa pengecualian yang dijelaskan oleh Activision. Jika Modern Warfare 3 tidak mempunyai skin kenderaan dalam mana-mana mode game, segala skin yang anda dapat daripada MWII tidak akan tersedia. Tambahan lagi, kandungan MWIII pula tidak boleh dipindahkan ke MWII. Anda boleh baca maklumat penuh mengenainya di laman web rasmi game.
Call of Duty: Modern Warfare 3 akan dilancarkan pada 10 November 2023. Buat masa ini, masih tiada maklumat penuh yang didedahkan mengenai game tersebut. Walaupun begitu, akan ada livestream khas yang akan memberikan maklumat lanjut untuk game tersebut pada 17 Ogos ini! Jadi jangan lupa untuk ikuti livestream tersebut.
Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post