Kanak-kanak membeli mikrotransaksi tanpa pengawasan orang dewasa bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi denga perkongsian pengguna Reddit A_Sad_Frog menyatakan dia kehilangan £422.90 (anggaran RM2218) dengan pembelian V-bucks Fortnite selepas terkejut mengetahui akaun Fortnitenya mempunyai lebih dari 65,000 V-Bucks.
Frog membiarkan kedua anak buahnya yang berusia 5 tahun menggunakan akaun PS Storenya untuk diakses oleh kerana mereka tidak mempunyai banyak permainan berkualiti di akaun PS Store mereka. Dia juga berfikir bahawa mereka memerlukan kod pengesahan kadnya untuk membuat pembelian, jadi dia tidak khawatir tentang mereka membeli permainan mikrotransaksi. Semuanya baik-baik saja selama sebulan atau lebih, kemudian Frog dihubungi oleh bapa anak-anak buahnya (abang iparnya), yang menjadi curiga setelah anak-anaknya tiba-tiba mempunyai lebih dari 65,000 di V-Bucks tersebut.
Frog kemudian memeriksa akaun banknya dan memang pasti £ 422.90 hilang dari akaunya itu. Sebabnya kerana pembelian dana di PlayStation Store memang tidak perlu pengesahan kad kredit, hanya dengan sekali memasukkan nombor kad kredit/debit, PS Store terus tidak memerlukan pengesahan jika membuat pembelian. Dari akaun PlayStation Frog la anak-anak buahnya membeli V-Bucks Fortnite tersebut.
Selepas meneliti sama ada boleh mendapatkan bayaran balik pembelian tersebut, nampaknya tuah tidak memihak kepada Frog. Yang lebih teruknya, wang dalam akaun Frog sebenarnya milik teman wanitanya yang mengumpul perbelanjaan untuk melawat keluarganya di Amerika Syarikat.
“Saya tidak marah pada anak-anak buah saya. Saya benar-benar tidak fikir mereka sengaja. Saya marah pada diri saya sendiri. Saya tidak fikir ia mungkin terjadi, dan saya sepatutnya melakukan lebih banyak penyelidikan”
“Kami bukan pasangan yang kaya, dan ini telah memberi kesan besar pada kami berdua”
-Frog
Frog mengakhiri ceritanya dengan memberi amaran pada pengguna PlayStation agar memastikan ciri keselamatan pembayaran mereka ditetapkan dengan betul supaya mereka tidak berakhir dalam keadaan yang sama sepertinya.
Jadi korang pun hati-hati dan pantaula anak-anak buah korang, karang tersilap beli habis duit dalam akaun kita pulak ye!
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post