Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Kami hanya kawan baik, dan seronok main bersama” – Temuramah eksklusif bersama juara Predator League 2020 Malaysia Dota 2, Flower Gaming!

Tahniah kami ucapkan kepada Flower Gaming.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2019 - Updated on June 28, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, Steam, Temuramah
0 0
0
“Kami hanya kawan baik, dan seronok main bersama” – Temuramah eksklusif bersama juara Predator League 2020 Malaysia Dota 2, Flower Gaming!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menjuarai Predator League 2020 Malaysia Dota 2 di mana Juara memenangi wang tunai RM25,000, mereka kini telah melayakkan diri ke Asia Pacific Predator League 2020 bermula 18 hingga 22 Februari 2020 di Manila, Filipina serta bakal merebut kolam hadiah yang beribu-ribu kali ganda lebih banyak iaitu USD $200,000 (anggaran RM826,600.00)! Selepas sesi menjulang trofi dan ambil gambar, kami sempat melakukan temuramah pendek tetapi cukup padat untuk lebih mengenali mereka.

Bermula dengan pengenalan nama, LaNcE yang memegang peranan Carry, MozuN yang merupakan ketua pasukan, Barry yang memegang peranan Support, Candyloon yang sentiasa Offlane dan ddz yang memegang peranan penting di Mid meluahkan perasaan gembira mereka selepas memenangi kejohanan. Mereka teruja kerana ramai pesaingan hebat seperti Dota Heroes dan CDEC.Avengers telah menyertai, dan berasa sangat berpuas hati dengan membawa pulang kemenangan.

Apabila ditanya berapa lama sudah mereka kenal sesama sendiri, dan berapa lama menubuhkan pasukan, mereka balas bawah mereka sudah kenal sejak 3 hingga 4 tahun lalu tetapi mengambil anggaran satu atau dua tahun untuk menubuhkan pasukan. Mereka hanya kawan karib yang sentiasa bermain Dota, dan mengambil keputusan untuk menjadi profesional dengan Mozun menjadi ketua pasukan.

Tentang soal peranan dalam setiap perlawanan secara lebih spesifik, mereka jawab bahawa mereka cuba usahakan setiap lane terutama mid. Selepas jumpa rentak atau kelebihan, mereka pasti akan dapat kemenangan yang mudah. Selain itu, mereka juga tidak memilih untuk menjadi sebuah pasukan e-sukan profesional dan secara teknikal, tidak main di bawah mana-mana organisasi buat masa ini.

“Kami hanya kawan baik, dan seronok main bersama”, mereka kata.

Sudah tentu, pasukan mereka yang jumpa di Grand Finals menjadi pesaing terbesar mereka buat masa ini, iaitu CDEC.Avengers. CDEC.Avengers menjadi halangan terbesar mereka kerana mempunyai ramai pemain Dota 2 yang berpengalaman itu. Mekanik permainan mereka sangat profesional, dan Flower Gaming berasa sangat puas hati dengan kemenangan mereka ke atas mereka.

Walaupun Flower Gaming mengatakan bahawa ahli keluarga mereka tidak beberapa menyokong kerjaya ini atau hobi mereka, tetapi setiap ahli tetap tidak putus asa dan masih bersemangat untuk bermain. Ini dibuktikan lagi dengan kehebatan mereka di dalam kejohanan Predator League 2020 Malaysia Dota 2. Mereka juga bergurau bahawa mereka akan menggunakan duit kemenangan untuk menjamah makanan mewah dan menghibur diri mereka sendiri.

Mengenai rancangan seterusnya, dengan penyertaan Asia Pacific Predator League 2020 di Filipina, pasukan Flower Gaming akan terus bekerja keras, dengan harapan untuk dapatkan keputusan yang lebih baik dalam kejohanan. Akhirnya, pasukan Flower Gaming juga berterima kasih kepada sokongan peminat, dan janji akan melakukan yang terbaik dalam apa sahaja mereka buat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAsia Pacific Predator League 2020FilipinaFlower GamingLevel Up PlayMalaysiaPredator League 2020 Malaysia Dota 2
Previous Post

[Level Up Play 2019] Teruskan mencipta, cari keseronokan didalamnya! Temuramah bersama Hideo Minaba dari CyDesignation

Next Post

“Mengubah pandangan orang tentang E-Sukan,” – Temu ramah bersama naib juara Predator League DOTA 2, CDEC.Avenger!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour
Acara

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour

July 15, 2025
Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!
Berita

Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!

July 15, 2025
Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea
Berita

Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea

July 15, 2025
Next Post
“Mengubah pandangan orang tentang E-Sukan,” – Temu ramah bersama naib juara Predator League DOTA 2, CDEC.Avenger!

"Mengubah pandangan orang tentang E-Sukan," - Temu ramah bersama naib juara Predator League DOTA 2, CDEC.Avenger!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd