Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Klasik jumpa moden dalam Jurassic World: Dominion, akan keluar di Malaysia pada 9 Jun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Klasik jumpa moden dalam Jurassic World: Dominion, akan keluar di Malaysia pada 9 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

United International Pictures Malaysia secara rasmi mengumumkan bahawa Jurassic World: Dominion akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 9 Jun 2022. Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic. Setiap watak dijamin mempunyai peranan yang besar dalam filem baru dan akan saling berinteraksi sesama sendiri.

Berikut adalah treler rasmi:

Kepulangan bintang-bintang ikonik Jurassic telah banyak dibincangkan di internet dan daripada menyembunyikan fakta ini, pihak produksi sebaliknya membuat keputusan untuk menunjukkan Dr. Alan Grant dan Dr. Ellie Sattler (Dern) dalam treler. Secara sekilas pandang, kita boleh melihat betapa besarnya peranan masing-masing dalam Jurassic World: Dominion. Pada masa yang sama, saya juga tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka berinteraksi dengan Owen Grady dan Claire Dearing apabila dua era Jurassic bertemu.

Trio Jurassic original

Bagi jalan cerita, Jurassic World: Dominion berlangsung empat tahun selepas peristiwa Jurassic World: Fallen Kingdom dalam zaman di mana “dinosaur hidup bersama manusia dunia sebenar”. Sebagai contoh, sebuah bandar di Eropah telah ditaklukan oleh makhluk prasejarah ini. Tugas manusia pula adalah untuk memastikan dinosaur tidak membawa kepada kepupusan kaum manusia, selepas Malcolm memberi amaran bahawa manusia bukan lagi spesies dominan di Bumi.

Ini mungkin krisis paling besar dalam sejarah filem Jurassic, dan saya sendiri tidak sabar untuk menonton apabila Jurassic World: Dominion ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Jun 2022.

Tags: Jurassic World: DominionMalaysia
Previous Post

Resident Evil 4 remake dilapor akan diumumkan tidak lama lagi!

Next Post

Uniqlo lancarkan UT Collection pertama dengan Studio Ghibli!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Uniqlo lancarkan UT Collection pertama dengan Studio Ghibli!

Uniqlo lancarkan UT Collection pertama dengan Studio Ghibli!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd